Di zaman serba sibuk ini kadang-kadang nak buat hobi sampingan pun tak sempat disebabkan masa yang terhad.

Sebagai wanita, teringin juga sesekali nak cuba resipi yang dikongsikan oleh rakan-rakan. Tapi bila melihat resipi yang perlu luangkan masa yang banyak, terus terbantut niat di hati.

Sambung Belajar
HYPE
Kisah 5 Pelajar Berazam Ubah Nasib Keluarga Walaupun Berdepan Masalah Kewangan
Baca lagi →

Tapi lain pula dengan saudara Khairul Hakimin ini. Ada saja resipi ringkas yang beliau kongsikan sampai saya turut rasa tercabar.

Hey apa ni. Dah la masih bekerja, seorang suami, rajin ke dapur pulak tu. Mana boleh macam ni bang. Takkan kau sorang saja yang syok layan hobi memasak. Haha!

Sebagai seorang yang baik hati (ehem), maka saudara Khairul telah kongsikan resipi brownies gaya pemalas berikut. Pemalas pun pemalas lah. Janji resipi menjadi.

Jom layan.

resipi-brownies-9

Baca: Resipi Cookie Raya Hanya Dengan 3 Bahan

Ramai sangat PM abang tanya macam mana nak masak brownies paling senang. Ok nah ini resipi paling pemalas tapi rasa dia sedap ohsem juga.

Bahan-bahannya ialah:

250gm dark choc (abang guna Berryls)
250gm butter (abang guna Buttercup)
200gm tepung gandum
80gm serbuk koko atau 2 sudu besar + 1 sudu kecil.
250gm gula halus
4 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil serbuk penaik
1/4 cawan walnut dicincang kasar

Cara-cara:

resipi-brownies-1

Biasanya abang tak buat cenggini. Tapi resipi edisi pemalas ni, pukul guna dengan telur. Humban ja 4-4 telur dengan esen vanilla tu dan pukul sampai kembang.

Kalau edisi rajin, jangan guna mixer. Pukul pakai tangan. Lagi lawa dan tekstur dia lebih cantik.

resipi-brownies-2

Sambil-sambil tu cairkan coklat dengan butter guna double boil atau bain marie. Lagi malas kau guna microwave, kalau lagi malas kau jemur kat matahari.

resipi-brownies-3

Lepas tu campur sekali tepung, serbuk koko dan serbuk penaik, gaul sekali dengan walnut yang dah cincang.

resipi-brownies-4

Lepas tu coklat cair tadi, masuk sekali ke bekas pukul telur dengan gula tadi. Pukul lagi sampai berkilat macam ni.

resipi-brownies-5

Lepas tu humban tepung. Masa ni guna spatula untuk kaup. Kena rajin sikit ja.

resipi-brownies-6

Dah berkilat macam ni, masuk ke dulang. Resipi ni kalau guna dulang 8 x 8 boleh dapat 2 dulang.

resipi-brownies-7

Bakar 25-30 minit selama 25 minit dengan suhu 180′. Ha siap.

Senang saja rupanya buat brownies. Macam ni boleh buat anytime lah!

Nah lagi resipi senang untuk korang: Resipi ‘Cheese Cake’ Hanya Dengan 3 Bahan

Anda Mungkin Suka