Sebut sahaja Creme Brulee pasti anda sudah terbayang kesedapannya dimana rasa gula hangus pada permukaan dan rasa kastardnya dimana boleh dikatakan gabungan sempurna. Apabila makan dan cair dalam mulut pastinya membuat anda tersenyum gembira menikmati dessert ‘mewah’ ini.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Lina Thomas telah berkongsi resipi Creme Brulee yang mudah dan pastinya sedap untuk anda cuba sendiri di rumah. Pastinya dessert terbaik ketika moreh. Ayuh kita mulakan!

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

95881981_10157129270255965_2655843093915369472_o

Bahan-bahannya:

3/4 cawan susu segar, 1 1/2 cawan heavy whipping cream, 3/4 cawan gula, 8 biji kuning telur, 1 sudu kecil esen vanilla, 7 sudu teh gula untuk topping, air mendidih untuk ‘water bath’.

Cara-cara membuatnya:

1. Panaskan oven ke (160C) 325F. Susun 7 ramekins kecil dalam loyang pembakar.

2. Masak susu dan heavy whipping cream hingga mendidih. Masukkan esen vanilla dan biarkan seketika agar suam.

3. Pukul telur, kuning telur dengan gula. Jangan sampai berbuih. Masukkan adunan telur sedikit demi sedikit dalam adunan susu dan kacau sebati. Tapiskan ke dalam bekas remekins. Bahagikan campuran sama rata. Susun di dalam loyang pembakar.

4. Masukkan loyang pembakar ke dalam oven, dan tuangkan air mendidih ke dalam periuk di sekeliling ramekins. (water bath)

5. Bakar selama 55 – 60 minit.

95999281_10157129270310965_4194157898097491968_o

6. Biarkan dia dalam oven selama 20 minit. Hati-hati keluarkan dari oven dan sejukkan kira-kira 30 minit sebelum disimpan dalam chiller. Tutup dengan plastik cling. *Nota kaki: Custard ini boleh disediakan sehari hari lebih awal atau awal pagi dan sejukkan dalam chiller.

7. Untuk topping pula, taburkan kira-kira satu sudu teh gula ke bahagian atas setiap custard pada permukaan custard. Bakar dalam oven guna “broiler” 3 – 5 sehingga gula bertukar keperangan. Siap dan boleh di hidangkan.

Semoga perkongsian resipi CremeBrulee ini bermanfaat untuk anda. Kini, dessert yang selalu dihidangkan di hotel boleh dibuat sendiri oleh anda di rumah. Bolehlah nikmati Creme Brulee ini bersama keluarga tercinta. Selamat mencuba!

Sementara itu, kami kongsikan beberapa resipi lain yang menarik anda boleh cuba. Klik sahaja pautan di bawah ini.

Resipi Mudah Coklat Chip Ala Famous Amos Guna Air Fryer Dijamin Sedap Yang Raih 1K ‘Shares’

Lebih 6K ‘Shares’, Ini Resipi Wantan Mee Yang Sedap Dan Mudah Pasti Buat Anda Terliur

Lebih 23K ‘Shares’, Resipi Almond Cluster Yang Sedap Dan Mudah Gunakan 2 Bahan Sahaja

Anda Mungkin Suka