Bercakap tentang daging, pelbagai cara dan resipi enak daging yang pastinya anda pernah lihat. Akan tetapi, pernahkan anda mencuba daging bakar Danok?

Pastinya perapan daging untuk daging bakar Danok ini berbeza dengan perapan daging yang sedia ada. Terbaharu, pengguna Facebook Nadia Sukiran MK telah berkongsi resipi terbaik daging bakar Danok. Baca perkongsian resipinya di bawah ini:

huawei-cover-image-671×373
HYPE
Rasai Pengalaman Masa Akan Datang Dengan Peranti Terbaru HUAWEI Smart Life!
Baca lagi →

Bahan-bahan yang diperlukan:

3

1. Daging
2. Bawang putih
3. Lada hitam
4. Sos tiram
5. Kicap
6. Garam
7. Gula
8. Cili api hijau dan merah
9. Sos ikan
10. Daun ketumbar
11. Air limau nipis

Cara-cara membuatnya:

1. Potongkan beberapa daging dan perapkan bersama bawang putih yang telah ditumbuk, lada hitam, sos tiram, dan sedikit kicap, garam dan gula.

2. Selepas daging diperap, bakarkan daging atas pan dan setelah dibakar potong daging kepada kepingan daging.

3. Kemudian, sediakan sos thai pula dengan masukkan 7 ulas bawang putih, 5 cili api merah dan hijau dan tumbuk halus bahan-bahan ini.

1

2

4. Setelah itu, masukkan ke dalam bekas dan masukkan 2 sudu sos tiram dan 3 atau 4 sudu sos ikan.

5. Kemudian, masukkan 2 atau 3 sudu limau nipis, disusuli dengan 2 sudu gula dan secubit garam.

6. Kemudian, masukkan daun ketumbar yang digunting halus dan kacau kesemua bahan tersebut dan siap.

Semoga perkongsian ini dapat memudahkan anda lagi untuk masak di dapur. Selamat mencuba resipi ini yang pastinya sedap dan mudah untuk dilakukan.

Artikel resipi lain yang mungkin anda berminat untuk cuba:

Ini Bahan ‘Rahsia’ Untuk Perapan Daging Lebih Lembut Dan Lazat

Resipi Enak Daging Bakar Thailand Yang Pasti Buat Anda Terliur

Resipi Kari Daging Pekat Paling Sedap Dan Menyelerakan

Anda Mungkin Suka