Disebabkan 24 jam duduk di rumah, pasti ada daripada anda yang sudah bosan tidak tahu ingin buat apa. Malah, tidak tahu ingin masak apa dan mungkin craving nak makan macam-macam.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @fatenizzati_ berkongsi resipi mudah membuat dumplings yang anda boleh cuba di rumah. Menurutnya, resipi ini beliau dapat dengan melihat resipi di Marion YouTube Channels. Jom ikuti perkongsian resipi ini.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

Bahan-bahan yang diperlukan buat dumplings:

1. Isi udang
2. Daun bawang
3. Telur
4. Maggi cukup rasa
5. Garam
6. Kulit dumplings
7. Air dalam mangkuk kecil

Cara-cara membuat dumplings:

1. Basuh bersih udang dan asingkan kepada 3 bahagian dimana 2/3 udang cincang sampai lumat dan 1/3 cincang bagi ada chunk besar.

2. Kemudian, masukkan kesemua udang, telur, hirisan daun bawang, garam dan serbuk perasa dalam bekas dan campurkan bahan tersebut.

3. Selepas itu, kacau sehingga pekat.

4. Letakkan 2 sudu besar inti yang dah siap itu di atas kulit dumplings dan gunakan sedikit air untuk lekatkan kulit dumplings.

5. Rebus dumplings sehingga timbul.

EU5mkLrUUAEhNlL

EU5nEtBU0AA4uyv

6. Ketika dumplings sudah timbul, masukkan air sejuk untuk slow down heating process agar kulit dumplings cukup masak. (Ulang proses 2-3 kali).

7. Akhir sekali, tapis air dumplings dan masukkan ke dalam mangkuk dan siap.

EU5ocsHU4AE1s3X

EU5odx9U4AA0F9w

Bahan-bahan buat chili oil:

1. Minyak
2. Chili flakes
3. Geng rempah (bunga lawang, kulit kayu manis, biji ketumbar, buah pelaga, serbuk lada putih, bay leaves)
4. Heatproof jar/container

Cara-cara membuat chili oil:

1. Masukkan minyak dan panaskan api kecil dalam satu periuk.

2. Kemudian, panaskan rempah-rempah itu sekejap dalam 2-3 minit nak bagi dia naik bau and keluar minyak dalam kuali lain.

3. Selepas itu, rempah-rempah itu tadi masukkan dalam periuk (1) yg ada minyak. Biarkan ia infused dalam 2-3 minit tapi jangan sampai hangit.

4. Sementara itu, chili flakes tadi masukkan dalam apa-apa bekas yang heatproof, prefer bekas kaca.

5. Kemudian, tapis minyak yang ada rempah itu tuang dalam bekas ada chili flakes. Berhati-hati sebab minyak itu akan sizzle sebab itu kena cari bekas yang dalam sikit jadi minyak tidak tumpah.

6. Tunggu sehingga sejuk untuk digunakan dalam sos dumplings.

Bahan-bahan yang diperlukan buat sos dumplings:

1. Kicap cair
2. Sedikit cuka
3. Chili oil
4. Fresh chopped daun bawang
5. Garam/gula

Cara-cara membuat sos dumplings:

Campurkan kesemua bahan dan gaulkan sehingga rata, kemudian siap.

EU5u_iOVAAEYqb2

EU5u8vQU4AAXPR7

Senang sahaja cara nak buat dumplings, anda yang ‘craving’ dumplings bolehlah buat sendiri di rumah. Almaklumlah sekarang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, susah nak dapat.

Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak akan membantu anda untuk masak apa di rumah. Untuk lebih resipi menarik, anda boleh baca di The Vocket pada pautan di bawah.

Ketahui Resipi Roti Gebu Yang Mudah Dibuat Sendiri Dengan Hanya Bermodalkan RM5

5 ‘YouTube Channels’ Pilihan Untuk Anda Tingkatkan Skil Memasak Bagaikan Chef Di Rumah

Resipi Wantan Cendawan Enoki Goreng Tepung Yang Pasti Buat Anda Terliur

Anda Mungkin Suka