Kebiasaanya menu petang pilihan ramai orang adalah pisang goreng, karipap, cucur udang dan banyak lagi dimakan sambil bersantai bersama keluarga. Kali ini, kami bawakan resipi yang cukup istimewa untuk anda.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Norfarhana Ariffin telah berkongsi resipi cucur udang dihidang bersama kuah kacang yang pastinya enak dan menyelerakan. Baca perkongsian Norfarhana di bawah ini.

Bahan-bahan membuat cucur udang:

1) 1/2kg Tepung gandum
2) Sebiji telur
3) Sebiji bawang besar (kisar)
4) Pewarna kuning
*Nota: jangan letak serbuk kunyit nanti jadi warna merah adunan tu sebab kita guna soda
5) 2 biji bawang holland hiris
6) Kucai
7) Tauge
8) Udang
9) Garam
10) Gula
11) Sedikit soda bikarbonat
12) Air

69997929_487220402067432_437801422528970752_n

Cara-cara membuat cucur udang:

1. Kisarkan bawang besar sebiji.

2. Kemudian, masukkan tepung gandum ke dalam bekas.

3. Masukkan bawang yang telah dikisar tadi, telur sebiji, air, garam, gula, soda bikarbonat dan kacau adunan.
*Nota: Masukkan air jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.

4. Selepas itu, masukkan kucai, tauge, bawang holland hiris, dan cili besar hiris.

5. Panaskan minyak dan celup senduk besi ke dalam minyak panas tersebut.

6. Kemudian, letak adunan pada senduk tersebut dan letakkan udang diatasnya.

7. Selepas itu, masukkan ke dalam minyak panas dan biar sekejap sehingga bahagian bawah masak dan ia akan tertanggal sendiri.

8. Masak sehingga warna kekuningan dan siap.

Bahan-bahan membuah kuah kacang tanpa santan:

1) Segengam cili kering
2) 2 biji bawang besar
3) 7 ulas bawang putih
4) Halia
5) Serai
6) Lengkuas
7) Belacan
*Nota: semua bahan di atas dikisar halus
8) Kacang tanah yang disangai dan dikisar kering
9) Asam jawa
10) Gula atau gula melaka

69567551_487220335400772_4275351952725901312_n

Cara-cara membuat kuah kacang tanpa santan:

1. Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga garing.

2. Kemudian, masukkan kacang tanah yang disangai  dan dikisar kering.

3. Selepas itu, masukkan air asam jawa.

4. Kemudian, masukkan sedikit air, gula dan garam.

5. Biarkan sehingga naik minyak dan siap.

Mudah bukan cara untuk membuat cucur udang cicah kuah kacang ini? Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh anda.

Tidak cukup dengan resipi cucur udang? Mahu resipi lagi? Baca resipi-resipi yang menarik dan mudah untuk disediakan di bawah ini.

Resipi Ringkas Hasilkan Donut ‘Gebu’ Dan Sedap

Resipi Ringkas ‘Meatball’ Ala Ikea Anda Patut Cuba

Resipi Boba ‘Fresh’ Viral Anda Boleh Cuba Di Rumah