Tidak lama lagi Hari Raya Aidiladha bakal menjelma, pasti anda sedang buntu ingin masak apa dengan daging yang anda dapat. Takkan hanya nak masak rendang sahaja. Mungkin anda boleh masak Daging Bakar Thailand?

Oleh itu, seorang pengguna Facebook Hilmi Yusof telah berkongsi resipi daging bakar thailand yang pastinya senang untuk anda cuba. Baca perkongsian Hilmi di bawah ini:

S10
HYPE
Rakam Video Dan Terus Sunting, Ini Kelebihan Samsung Galaxy Note10 Untuk Anda Yang ‘On The Go’
Baca lagi →

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. Daging
  2. Sos tiram
  3. Kicap manis
  4. Madu
  5. Serbuk lada hitam
  6. Minyak masak
  7. Bawang putih
  8. Cili merah
  9. Cili thai
  10. Daun ketumbar
  11. Sos ikan
  12. Air limau nipis

Resipi Enak Daging Bakar Thailand

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan sos tiram, kicap manis, madu, serbuk lada hitam dan minyak masak ke dalam bekas.
  2. Kemudian perapkan daging dengan bahan-bahan tersebut selama 1 jam.
  3. Setelah diperap, bakar mengikut tahap garing yang anda mahu.
  4. Sediakan bahan pencicah daging dengan bakar dahulu bawang putih.
  5. Potong halus dan tumbuk cili beserta bawang putih yang dibakar tadi.
  6. Kemudian, cincang halus daun ketumbar.
  7. Gaulkan semua bahan bersama sos nampla dan air limau nipis.

Nampak mudah bukan? Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda dan anda dapat menikmati daging dengan resipi yang berbeza. Selamat mencuba!

Anda Mungkin Suka