Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Agak mustahil untuk buat gnocchi sendiri di rumah kerana jika tersilap langkah, gnocchi boleh bertukar menjadi berat dan sukar dicerna walaupun pada pandangan orang Itali gnocchi ini hanyalah sejenis pasta.

BACA: Lelaki Ini Menggoreng Gnocchi Tanpa Menyangka Ini Yang Bakal Terjadi

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

Mujur Gordon Ramsay mahu kongsikan bagaimana untuk menghasilkan gnocchi sendiri yang kembang, ringan dan berkrim. Tambah menarik, gnocchi yang dibuat ini menggunakan kentang bakar yang masih elok tetapi tidak dapat dihabiskan.

gnocch1
Foto: Lian

Bahan:

  • 2 kentang bakar
  • 50g keju ricotta
  • 90g tepung gandum
  • 1 biji telur, dipukul
  • 1 tangkai thyme, ambil daun sahaja
  • Garam laut dan serbuk lada putih
  • Keju Parmesan parut, untuk digunakan semasa dihidang

Bahan Sos:

  • Minyak zaitun, untuk menggoreng
  • Serbuk lada hitam
  • Kacang peas, dalam bentuk segar atau beku
  • Mentega
  • 1 tangkai thyme, ambil daun sahaja
  • Parut kulit lemon

Arahan

  1. Panaskan ketuhar kepada suhu 200 ° C / Gas 6.
  2. Bakar kentang tanpa buang kulit untuk 1-1¼ jam sehingga ia lembut.
  3. Keluarkan isi kentang atau tanggalkan kulit kentang ketika ia masih panas dan lenyek.
  4. Masukkan ke dalam alat Potato Ricer dan tekan sehingga ia keluar hirisan-hirisan isi kentang yang gebu.
  5. Campurkan ricotta, secubit garam dan lada putih dan tepung ke dalam isi kentang gebu itu.
  6. Kemudian, buat bulatan di tengah-tengah campuran (5), dan tuang telur yang telah dipukul rata ke dalam bulatan tersebut.
  7. Mula menggabungkan campuran (6) dengan tangan bertepung.
  8. Masukkan daun thyme dan teruskan menguli sehingga doh licin terbentuk.
    Nota: Berhati-hati untuk tidak terlalu banyak menguli atau doh akan menjadi terlalu tebal dan tidak akan terbuka apabila ia masuk ke dalam air nanti.
  9. Potong doh kepada dua bahagian dan membentuk setiap keping ke dalam bentuk cerut yang panjang kira-kira 1.5cm tebal.
  10. Gunakan spatula dan potong setiap doh sepanjang 2cm sekeping untuk membuat ‘Bantal’ atau gnocchi individu.
  11. Perlahan-lahan menekan setiap satu di tengah menggunakan jari anda yang bertepung agar tidak melekat-lekat antara satu sama lain.
  12. Penyet di (11) akan menyebabkan gnocchi boleh memegang lebih banyak sos dan membolehkan gnocchi menyerap lebih banyak perisa.
  13. Kemudian didihkan air di dalam periuk besar.
  14. Masukkan gnocchi selepas air mendidih.
  15. Reneh selama kira-kira 1 ½-2 minit sehingga gnocchi mula terapung.
  16. Toskan gnocchi dan toskan gnocchi selama 1-2 minit agar ia menjadi lebih kering.
  17. Sementara itu, anda boleh mula membuat sos.
  18. Panaskan kuali menggoreng atas api sederhana tinggi dan tambah sedikit minyak zaitun.
  19. Tambah gnocchi ke dalam kuali panas dengan secubit garam dan lada hitam
  20. Goreng selama 1-2 minit pada setiap sisi sehingga warna menjadi cantik.
  21. Masukkan kacang ke dalam periuk dengan mentega dan daun thyme.
  22. Kemudian taburkan kulit limau parut.
  23. Hidangkan dengan keju Parmesan parut.

Demo masakan Gordon Ramsay:

LIKE Facebook The Vocket disini

Anda Mungkin Suka