Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Nota Editor: Resipi ini dikongsikan oleh Puan Tahrunnisah Jali dan diterbitkan semula di Vocket dengan kebenaran beliau. Selamat mencuba!

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Resepi asal daripada Kak Sue Norrman yg kini menetap di Sweden. Sangat berpuas hati dengan resepi Kak Sue. Kata Kak Sue ini resepi asli Swedish Meatball daripada mak mertua beliau dan Kak Sue ubah ikut citarasa. Haa tu dia resepi asli ni. Jazakillahu khairan kak.

Swedish Meatball Sue Norrman

Bahan-bahan:

  • 500 gram daging cincang
  • 1/2 biji bawang besar – cincang halus(*)
  • 1 sudu besar mentega(*)
  • 3/4 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh kryddpeppar atau mixed spices
  • 1/3 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1/3 sudu teh gula
  • 1-1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu besar bread crumb – kisar halus
  • 30 ml susu segar
  • 1 biji telur saiz ‘C’- saya tak guna tapi kalau nak boleh masukkan.

Langkah-langkah:

1) Tumis yang bertanda (*) sehingga keperangan dan ketepikan buat sementara.
2) Satukan bahan-bahan yang lain dan gaul rata. Masukkan bawang yang telah ditumis dengan butter. Uli sehingga sebati dan bulat-bulatkan ikut sebesar mana yang kalian suka.
3) Guna kuali non-stick, masukkan sedikit mentega dan masak dengan api sederhana. Tutup kuali supaya masak rata dan balik-balikkan bebola daging sehingga masak.

Jangan buang mentega dalam kuali – digunakan untuk membuat sos.

Sos Gravy

Bahan-bahan:

  • lebihan mentega
  • 2 cawan stok ayam
  • 2 cawan krim whipping(*)
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 ketul kiub ayam
  • sedikit serbuk lada hitam
  • bancuhan air dengan 1/2-1 sudu besar tepung kentang untuk memekat
  • garam atau gula – tambahan kalau kurang rasa

Langkah-langkah:

1) Satukan semua bahan kecuali yang bertanda (*) dan bancuhan tepung kentang.
2) Didihkan dan rasa secukupnya baru masukkan (*). Didihkan lagi selama satu minit dan kecilkan api. Masukkan bancuhan tepung sedikit-sedikit. Jangan terlalu pekat.

Boleh tambahkan jem lingon atau jem campuran buah-buahan bersama-sama kentang.

Pasti terangkat!

BACA: Resipi Ringkas Sosej Ayam Telur Buatan Sendiri

BACA Lagi: Cara Paling Mudah Tapi Sedap Untuk Roti Sarapan Anda

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka