Pening nak masak apa hari ini dan sudah bosan dengan menu yang sama setiap hari? Ini merupakan satu perkongsian resipi istimewa daripada seorang pengguna Facebook Nurul Balqis yang pastinya akan membangkitkan selera anda.

Resipi ayam masak thai ini pastinya akan menjadi menu kegemaran anda. Bukan sahaja sedap dan menyelerakan, tetapi mudah juga disediakan. Baca perkongsian resipi ini di bawah:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Ayam (dilumur garam dan kunyit)
2. Cili besar merah
3. Cili padi (kalau taknak pedas, jangan letak banyak)
4. Bawang merah
5. Bawang putih
6. Kunyit
7. Serai
8. Daun limau

bahan2

Penyediaan bahan:

1. Goreng ayam terlebih dahulu
2. Tumbuk cili besar merah, cili padi, bawang merah, bawang putih dan kunyit

1

Cara-cara masak ‘ayam masak thai’:

1. Tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik minyak
2. Kemudian, masukkan serai
3. Masukkan sos tomato dan sos tiram
4. Seterusnya, masukkan gula dan garam
5. Kemudian, masukkan bawang dan daun limau
6. Setelah digaul rata, masukkan ayam yang telah digoreng
7. Gaul semua sehingga sekata dan angkat

Nampak menyelerakan bukan? Sedap ni kalau dimakan panas-panas bersama nasi, lagi-lagi makan waktu tengahari atau malam. Malah, cara nak masak pun mudah. Semoga perkongsian ini anda dapat manfaatkan sebaik mungkin.