Langkah demi langkah menyediakan KEK LOBAK MERAH edisi power humban.

Bahan-bahannya ialah:

huawei
HYPE
100% Lebih Yakin Beserta Ganjaran & Rebat, Ini 5 Sebab Anda Perlu ‘Bertukar’ Ke Huawei
Baca lagi →
  1. 2 cawan lobak merah disagat.
  2. 1-1/4 cawan gula perang halus
  3. 3/4 cawan minyak masak
  4. 1/2 cawan walnut yang dicincang kasar
  5. 1-1/2 cawan tepung gandum
  6. 3 biji telur
  7. 1-1/2 sudu kecil serbuk penaik
  8. 1 sudu kecil soda bikarbonat
  9. 1 sudu kecil serbuk kayu manis
  10. 1 sudu kecil esen vanilla.

Cara-caranya, kau terus tengok gambar.

resipi-kek-lobak-merah-1

Abang guna sagat pesen ni. Kau jaga jari jemari kau. Boleh dihayun sama-sama dan berdarah. Nak dapat dua cawan, dalam 3 batang lobak merah saiz sedang.

resipi-kek-lobak-merah-2

Ini bahan-bahannya. Yang tak ada dalam gambar, esen vanilla. Kau tu memang, asal tak jumpa, tergedik-gediklah mencari.

Tepung tu kau ayak dengan serbuk kayu manis, soda bikarbonat dan serbuk penaik.

Telur saiz A ye dik.

resipi-kek-lobak-merah-3

Pakai mixer, kau dah malas sangat tak payahlah konon nak guna whisk. Pukul minyak dengan gula hingga berkrim. Kau pun tanya, berkrim tu macam mana? Ah kau ni. Dia pekat-pekat sikit.

resipi-kek-lobak-merah-4

Lepas tu masuk telur sebiji-sebiji. Kau basuh dulu telur tu baru pecahkan. Kau jangan pergi campak dengan kulit-kulitnya sekali, mau ditunjalnya kepala kau nanti.

 

resipi-kek-lobak-merah-5

Lepas tu, humbam tepung sikit demi sedikit. Kaup dengan spatula. Jangan guna whisk atau mixer dah.

 

resipi-kek-lobak-merah-6

Masukkan lobak.

resipi-kek-lobak-merah-7

Masukkan walnut. Kacau sebati.

Baca: 19 Menu Nutella Dari Melbourne Yang Anda Boleh Tiru

resipi-kek-lobak-merah-8

Ha guna dulang 8 inci x 8 inci. Bakar dalam ketuhar selama 35 minit dengan suhu 180 darjah. Kipas pasang boleh, tak nak pasang boleh. Api? Atas bawah. Lagi apa kau selalu tanya?

resipi-kek-lobak-merah-9

Ha dah siap masak.

Kau pukul 250gm cream cheese dengan 150gm gula aising sampai kembang. Masukkan dalam piping beg dan sejukkan sementara kek betul-betul sejuk. Barulah lepa atas kek.

resipi-kek-lobak-merah-10

Siap. Ambil gambar dengan bunga. Bukan dengan muka kau. Orang nak tengok gambar kek okeh.

Semoga kau kongsi, abang dapat pahala dik! Selamat mencuba ya!

Khairul Hakimin Muhammad,
Tukang Masak Kek Lobak Kegemaran Cinta.

Lagi resipi abang: Resipi Brownies Gaya Malas. Memang Senang Dan Ringkas

Artikel di atas disumbangkan oleh Khairul Hakimin. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka