Ahh lasagna. Rasanya yang pedas, pekat, creamy dan penuh cheese memang sukar untuk dilupakan.

lasagna-01

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Senang sahaja membuatnya. Ikuti empat langkah besar di bawah.

Langkah 1: Bahan-bahan

lasagna-05

Bahan-bahan sos merah (sos daging)
1. Daging 400g – kalau nak tukar ayam pun boleh. Tapi saya biasa buat dengan daging saja.
2. Bawang Holand sebiji – potong dadu.
3. Cendawan 1 tin – hiris atau beli seperti dalam gambar.
4. Sos pasta – ikut suka nak pakai brand apa.
5. Sos cili 2 sudu.
6. Mix herbs/ lada hitam/ oregano – tak ada pun tak apa. Saya guna mix herbs je.
7. Minyak zaiton – saya pakai Mazola. Kalau tak ada pakai minyak masak biasa.

Bahan sos putih
1. Butter/marjerin 1-2 sudu.
2. Susu segar/ susu rendah lemak kotak besar.
3. Tepung gandum 2 sudu – tiada dalam gambar.
4. Keju cheddar 2 keping – brand apa pun boleh asal ada tanda halal.

Bahan-bahan lain
1. Kulit Lasagna – apa-apa brand (beli yg instant senang. Tak payah rebus dulu.)
2. Cheese Mozzarella
3. Cheese Parmesan

Langkah 2: Sos Merah

lasagna-06

Cara buat sos merah (rujuk gambar):
1. Masukkan minyak.
2. Masukkan bawang holand. Tumis sampai naik bau.
3. Masukkan daging (sementara tunggu daging masak macam dalam gambar nombor 3 pergilah basuh pinggan ke apa ke.. hihi.)
4. Bila daging dah masak, masukkan cendawan. Selepas it masukkan sos pasta, sos cili, mix herbs/lada hitam dan oregano.
5. Perasakan dengan garam dan kalau suka letak sikit gula.
6. Kacau dan bila sudah masak macam dalam gambar nombor 6, boleh angkat dan ketepikan.

Langkah 3: Sos Putih

lasagna-07

Cara buat sos putih (guna api sederhana perlahan, tidak perlahan sangat, asalkan susu tidak hangit).
1. Cairkan butter/margerin-kalau tak ada guna je minyak masak.
2. Masukkan 2 sudu tepung gandum.
3. Kacau sampai sebati.
4. Masukkan sekotak susu, 2 keping keju cheddar, perasakan dengan garam.
5. Kacau sampai agak pekat (jangan pekat sangat).
6. Siap.

Langkah 4: Lapiskan

lasagna-08

Cara susun (rujuk gambar)
1. Letak sikit sos merah pada loyang.
2. Letak kulit lasagna.
3. Letak sos merah.
4. Letak sos putih.
5. Letak keju Parmesan.
6. Letak keju cheddar- koyak-koyakkan.
(Ulang langkah 4-2 hingga 4-6 sampai ke lapisan ke 3 iaitu lapisan terakhir. Kalau nak buat 2 lapisan pun boleh).
7. Lapisan paling atas letak keju parmesan dan mozarella.
8. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20-30 minit bergantung oven masing-masing.
9. Siappp.. dah boleh makan..

Siap!

Beginilah rupa lasagna yang baru siap dimasak di dalam loyang.

lasagna-04

Potongkan saiz sederhana untuk dinikmati seiisi keluarga.

lasagna-03

Dengan pemandangan yang meleleh sebegini, saya pasti anda mahu mencubanya.

lasagna-02

Sedap, kan!