Root beer merupakan minuman signature yang harus dinikmati apabila makan di A&W. Kiranya memang wajib nikmati roti sosej dan burger sambil minum air root beer A&W.

Selain itu, classic coney dog merupakan antara menu yang terkenal di A&W dan anda yang mungkin teringin untuk nikmati hidangan tersebut, anda boleh buat sendiri di rumah.

Main-Timeline.00_01_15_03.Still006
HYPE
Bagai Lilin Yang Membakar Diri, Pak Nil Kongsi Insan Di Sebalik Kejayaan Dalam Hidupnya
Baca lagi →

Mudah sahaja untuk buat classic coney dog ataupun roti coney sosej ini jika anda ikuti resipi yang dikongsikan oleh pengguna Facebook Zurina Zulkefli. Baca perkongsian resipi beliau di bawah ini.

Bahasa Amerika nya adalah Classic Coney Dog!

Posted by Zurina Zulkefli on Tuesday, 10 March 2020

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Roti
2. Bawang putih
3. Bawang holland
4. Lobak merah
5. Cili kering kisar
6. Sos tomato
7. Serbuk jintan putih
8. Serbuk kari pedas
9. Serbuk cili
10. Serbuk lada hitam
11. Sosej
12. Daging lembu kisar
13. Garam

88310459_4174383479245840_319329903629565952_n

Cara-cara penyediaannya:

1. Sediakan bahan untuk sos iaitu 3 ulas bawang putih, 1 biji bawang holland, 1 biji lobak merah, dan sepaket daging lembu kisar. Cincang halus dan tumis bersama minyak panas.

2. Gaul rata masakan dan masukkan rempah iaitu 2 sudu besar cili kering kisar, 4 sudu besar sos tomato, 2 sudu kecil serbuk jintan putih, 2 sudu kecil serbuk kari pedas, 2 sudu kecil serbuk cili, 1 sudu kecil serbuk lada hitam, garam secukup rasa dan air secawan.

88964318_4174383189245869_237497556731428864_n

88180742_4174383252579196_2801730814994284544_n

3. Kemudian, kacau sehingga masak dan pastikan sos tidak terlalu cair tidak terlalu kering. Lalu, biarkan sos seketika.

4. Sebiji bawang holland dipotong dadu dan rendam di dalam air sejuk bersama secubit garam. Kemudian, buang air tersebut.

86800283_4174383355912519_2902116299624677376_n

88942702_4174383419245846_8976984597900296192_n

89451861_4174383545912500_4131109693747625984_n

5. Sosej dikukus selama 5 minit, manakala roti dikukus selama 1 minit.

6. Masukkan sosej ke dalam roti dan tuangkan sos daging cincang.

7. Akhir sekali, taburkan bawang holland yang dipotong tadi dan sedia dihidang.

Mudah rupanya nak buat roti coney sosej ini. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh anda dan boleh mencubanya jika tidak tahu makan apa.

Kami senaraikan beberapa resipi di The Vocket yang mudah anda boleh cuba pada pautan di bawah ini.

Ini Resipi ‘Beef Schnitzel’ Yang Mudah Dan Menyelerakan Untuk Bekal Anak Ke Sekolah

Resipi ‘Beef Prosperity Burger’ Ala McDonald’s Yang Lazat Dan Mudah Anda Kena Cuba

Resipi ‘Daging Bakar Danok’ Yang Pasti Membuat Anda Terliur

Anda Mungkin Suka