Ayam ungkep merupakan antara makanan terkenal masyarakat Jawa. Siapa di sini suka makan ayam ungkep tetapi tidak tahu cara memasaknya?

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Amira Husin telah berkongsi resipi sedap dan ringkap ayam ungkep yang anda boleh cuba. Baca perkongsian Amira Husin di bawah:

Bahan-bahannya yang diperlukan:

69283321_1370279539795790_7332003752641036288_n

1. Ayam- 6 ketul
2. Sebiji bawang besar
3. Halia- 2 inci
4. Cili api hijau- 10 biji
5. Bawang putih- 4 ulas
6. Kunyit hidup- 2 inci
7. Sesudu besar jintan manis
8. Sesudu besar ketumbar
9. Serai- 2 batang
10. Sesudu besar gula melaka
11. Sedikit serbuk kunyit
12. Garam secukup rasa

Cara-cara membuat ayam ungkep:

1. Basuh bersih ayam tersebut.

2. Kemudian, masukkan sedikit serbuk kunyit dan garam lalu gaul rata. Biarkan sebentar.

69677889_1370279456462465_3692697174681845760_n

69293159_1370279496462461_1799507210154278912_n

3. Masukkan bawang besar, halia, cili api hijau, bawang putih, kunyit hidup, jintan manis dan ketumbar ke dalam mesin pengisar. Kisar bahan-bahan dengan sedikit minyak masak sehingga halus.

4. Selepas itu, panaskan minyak dalam kuali, dan tumis bahan yang dikisar tadi sehingga pecah minyak.

69090837_1370279599795784_4734620648297463808_n

69249062_1370279723129105_7112865102335836160_n

5. Masukkan ayam yang telah digaul dengan kunyit dan garam tadi dan gaul rata.

6. Kemudian, masukkan serai dan gaul rata.

69098040_1370279809795763_8005927324459466752_n

69243620_1370279839795760_5244385257188229120_n

7. Masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Gaul rata sehingga masak.

8. Tunggu seketika dan siap.

69295207_1370279883129089_4622544593399840768_n

68967813_1370279936462417_8032807020799197184_n

Pastinya resipi yang sedap dan mudah ini dapat membantu anda masak dengan lebih yakin di dapur. Selamat mencuba!

Anda ingin ketahui lebih banyak resipi yang menarik dan menyelerakan, boleh klik pada pautan resipi terbaik di bawah ini. 

Ini Bahan ‘Rahsia’ Untuk Perapan Daging Lebih Lembut Dan Lazat

Petua ‘Rahsia’ Untuk Menjadikan Nasi Goreng Lazat Dan Power Anda Perlu Tahu

Resipi Ringkas ‘Meatball’ Ala Ikea Anda Patut Cuba

Sumber