Pizza Hut merupakan antara restoran yang menyajikan pizza yang enak dan merupakan pilihan ramai rakyat Malaysia. Kombinasi pizza yang dihidang bersama mushroom soup dan garlic bread pasti membangkitkan selera anda.

Saudari Roslina Asmi telah berkongsi resipi lazat mushroom soup dan garlic bread ala Pizza Hut di Facebook. Baca perkongsian beliau di bawah:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sup cendawan:

71399774_1470518419752702_6258107249688838144_n

1. 300ml air
2. 500ml susu segar
3. 1 kiub ayam
4. 1/2 sudu teh daun parsley
5. 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
6. 1/2 sudu garam
7. 1/2 cawan tepung gandum
8. 1/2 sudu besar unsalted butter atau mentega tanpa garam
9. 1 tin cendawan butang (potong cincang)

Cara-cara masak mushroom soup:

1. Tuangkan air dan susu ke dalam periuk dan tunggu hingga mendidih. Lalu, barulah masukkan kiub ayam.

2. Kacau 2-3 minit dan masukkan lada hitam dan cedawan butang. Kacau selama 15 minit.

3. Masukkan daun parsley, butter dan garam. Kacau lagi dalam 10 minit.

4. Bancuhkan tepung dengan air dan kacau supaya tidak berketul.

5. Kacau sebati sehingga sup menjadi pekat dan siap.

Bahan-bahan membuat garlic bread:

71182578_1470518486419362_3670400161202307072_n

1. Roti gardenia
2. 1 ulas bawang putih
3. Sedikit parsley
4. Unsalted butter atau mentega secukupnya

Cara-cara membuat garlic bread:

1. Tumbukkan bawang putih sampai lumat.

2. Tumis bawang putih dengan butter.

3. Campurkan tumisan bawang putih tadi dengan butter.

4. Gaul sehingga sekata dan letakkan sedikit parsley.

5. Gaul sehingga rata dan sapukan pada roti.

6. Bakar roti dalam oven dalam 10 minit pada suhu 160C dan siap untuk dimakan.

70578067_1470518566419354_7737283931912798208_n

Wah, kini anda boleh mencuba resipi ini di rumah anda sendiri. Bukan sahaja mudah tetapi anda juga dapat menikmati dengan lebih puas.

Tidak cukup makan mushroom soup dan garlic bread? Anda mungkin boleh hidangkan bersama meatball. Klik pautan di bawah untuk ketahui resipinya.

Resipi Ringkas ‘Meatball’ Ala Ikea Anda Patut Cuba

Resipi ‘Kentang Putar’ Ala KFC Yang Sedap Dan Mudah Disediakan

Sumber