Pelbagai masakan yang boleh dibuat menggunakan mee kuning, bukan? Apa menu kegemaran anda?

Malah, jika beli mee kuning di kedai, kadangkala apabila masak anda akan rasa kapur walaupun sudah basuh bersih. Apa kata buat sahaja sendiri mee kuning tanpa kapur dan bahan pengawet.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mudah sahaja nak buat mee kuning ini, ikuti sahaja resipi perkongsian pengguna Facebook Roshima Ibrahim Shima ini di bawah. Ayuh kita mulakan!

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. 1 kg tepung gandum
2. 2 biji telur
3. 1/2 sudu makan garam
4. Pewarna kuning
5. Segelas air

Cara-cara membuat mee kuning:

1. Masukan tepung dalam bekas.

2. Ambil bekas kecil, masukkan 1 cawan air, pecahkan telur, dan masukkan garam dan pewarna kuning serta gaul rata menggunakan garfu.

3. Tuangkan bahan dalam besen kecil tadi ke dalam bekas tepung dan uli sehingga sebati dan tepung tidak melekat di tangan.

Screenshot 2020-04-04 at 10.33.38 AM

90202339_3472400149453375_8653970157791608832_n

4. Kemudian, bentukkan doh tersebut bentuk bulat dan leper-leperkan.

5. Gunakan mesin agar doh tersebut menjadi leper terlebih dahulu dan taburkan dengan tepung supaya ianya tidak melekat.

6. Saya guna no 7 sebab masing-masing lain mesin mee. Ikut pada kesesuaian mesin mee masing-masing.

7. Kemudian, pastikan sapu tepung sebelum masukkan doh tadi menjadi mee dan alas menggunakan tudung periuk.

Screenshot 2020-04-04 at 10.34.16 AM

90241639_3472400029453387_2702170097228709888_n-2

8. Masukan air ke dalam periuk dan didihkan, letakkan sedikit minyak masak.

9. Masak seketika mee itu, jika mee timbul maka ia sudah masak.

10. Angkat dan toskan mee dan titiskan sedikit minyak supaya mee tidak melekat dan siap.

Screenshot 2020-04-04 at 10.34.33 AM

Sudah ada mee, apa kata cuba buat mee bandung. Untuk lebih banyak resipi menarik, anda boleh baca di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Resipi Mee Bandung Sedap. Rupanya Pakai Biskut Saja Untuk Pekatkan Kuah

Ketahui Resipi Roti Gebu Yang Mudah Dibuat Sendiri Dengan Hanya Bermodalkan RM5

Dalgona Coffee Jadi Kegilaan Netizen, Ini 5 Resipi Dalgona Lain Yang Anda Boleh Cuba Di Rumah