Setiap kali ke pusat membeli-belah, anda pasti akan terhidu aroma biskut dibakar yang cukup memukau. Jika anda peminat biskut Famous Amos, apa kata anda buat sendiri biskut tersebut untuk dimakan sebagai kudap-kudapan di rumah.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Yana Aryana telah berkongsi resipi coklat chip ala Famous Amos menggunakan Air Fryer sahaja. Sudah bersedia untuk mencuba menu ini? Ayuh kita mulakan!

BeFunky-collage-15
HYPE
Sedap Dan Berkhasiat, Ini Cara Untuk Belanja ‘Si Meowy’ Anda Me-O Cat Lick Secara Percuma
Baca lagi →

95132856_10221753849336854_8472915884443172864_n-2

Bahan-bahan yang diperlukan:

Secawan butter, 1 1/4 cawan gula perang, 1 sudu kecil esen vanila, 1 biji telur, 1sudu kecil baking powder, 1sudu kecil soda bikarbonat, 6 sudu besar minyak masak, 2 1/2 cawan tepung gandum, 1/2 cawan tepung jagung, 2 cawan coklat chip dan 1/2 cawan badam cincang (jika suka).

Cara-cara membuatnya:

1. Masukkan butter, telur, gula perang, esen vanila dan gaul sebati menggunakan spatula.

2. Sudah sebati, masukkan tepung gandum, tepung jagung, baking powder, soda bikarbonat, dan minyak masak, lalu gaul bagi sebati.

3. Masukkan coklat chip dan badam, kemudian gaul bagi sebati lagi.

95525947_10221753851216901_6671368977140154368_n

4. Perap dalam peti ais selama 30 minit.

5. Sapukan acuan Air Fryer dengan majerin dan bulat-bulatkan doh serta letakkan dalam acuan. *Nota kaki: jangan besar sangat bulatkan doh nanti doh kembang, dan jangan tekan doh nanti leper.

6. Kemudian, bakar pada suhu 160 selama 12 minit.

96065254_10221753849776865_280053144967184384_n

7. Bila sudah siap bakar, keluarkan letak dalam besen dulu. Waktu ini doh lembut lagi tau sebab masih panas. Bila doh sejuk, baru doh akan keras. Bila sudah keras dan tidak panas lagi, cuba tekan belakang biskut atau bawah biskut, jika keras maksudnya biskut garing dan cantik masaknya. Siap.

8. Masa untuk siapkan 1 bacuhan ini dalam sejam lebih dan dapat 2 balang, 1 balang kecil dan 1 balang besar.

Mudah sahaja nak buat coklat chip ala Famous Amos ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda cuba dan bolehlah buat biskut ini makan sambil tonton drama atau filem di Netflix. Selamat mencuba!

Untuk perkongsian resipi lain yang anda boleh cuba, klik pautan di bawah ini.

Lebih 12K ‘Shares’, Ini Resipi Roti Mexican Ala Roti Boy Yang Gebu Dan Lazat

Resipi Ayam Goreng Yang Sedap Dan Senang Khas Buat Penggemar KFC Ini Raih 2.5K ‘Shares’

Raih 4.9K ‘Shares’, Ini Resipi Jjajangmyeon Yang Sedap Untuk Dicuba Penggemar Makanan Korea

Anda Mungkin Suka