Siapa di sini suka makan dhal vadai? Dapat makan panas-panas memang sedap dan terbaik. Adakah anda tahu bagaimana ingin membuat dhal vadai di rumah dengan mudah?

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook Anjali Ragu telah berkongsi resipi dhal vadai. Baca perkongsian resipinya di bawah ini:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bahan-bahan:

tapis air

1. Satu cawan kacang dhal
2. Cili hijau
3. Halia saiz kecil
4. Jintan manis
5. Ingu
6. Daun kari
7. Daun ketumbar
8. Garam

Cara-cara membuat dhal vadai:

rendam dhal

1. Rendam kacang dhal selama 4 atau 5 jam
2. Selepas itu, tapiskan air
3. Asingkan sedikit kacang dhal yang telah direndam untuk digoreng
4. Masukkan lebihan kacal dhal tadi ke dalam pengisar

blend

jintan

5. Kemudian, masukkan cili hijau dan halia
6. Kisarkan bahan-bahan tersebut, tidak digalakkan letak air
7. Kemudian, masukkan 1/2 sudu jintan manis

gaul

kacang dhal masuk

8. Setelah itu, masukkan 1/4 sudu ingu
9. Masukkan daun kari dalam 6 tangkai
10. Selepas itu, masukkan daun ketumbar
11. Masukkan garam secukup rasa

ingu

67316685_2437058313021404_4182643004877570048_n

12. Masukkan dhal yang diasingkan tadi dan gaul
13. Sapukan sedikit minyak pada tangan dan letakkan acuan dhal vadai tadi
14. Kemudian, gorengkan ia dalam suhu yang rendah dan tunggu ia masak

67421312_2437058379688064_3015728088798461952_n

67648084_2437058469688055_5326811477804318720_n

Wah, nampaknya perkongsian resipi ini sangat menarik dan menyelerakan. Jika anda teringin untuk makan, anda kini boleh buat sendiri di rumah. Tidak perlu lagi mengidam dan kena mencari di pasar malam jika ada menjual dhal vadai ini.