Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Menurut anda, apakah makanan kegemaran rakyat Malaysia? Boleh dikatakan banyak makanan yang menepati citarasa rakyat Malaysia seperti nasi lemak, roti canai, char kuey teaw dan pelbagai lagi.

Roti canai yang merupakan antara makanan kegemaran rakyat Malaysia menjadi pilihan tidak kira pagi, tengahari atau malam. Malah, roti canai mudah untuk didapati di mana sahaja.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Terbaharu, seorang pengguna Facebook SitiNorhafiza AbdulRazak telah berkongsi resipi membuat roti canai dengan menggunakan breadmaker. Baca perkongsiannya di bawah ini:

Bahan-bahan untuk membuat roti canai:

1) 1 kg tepung gandum
2) 3 camca besar majerin
3) 1 camca gula
4) 3 camca besar susu pekat manis
5) 2 sudu teh garam
6) 1 biji telur
7) 500 ml air sejuk

20170330_PRATA

Sumber: AsiaOne

Cara-cara membuat roti canai:

1. Baca bismillah.

2. Masukkan semua bahan dalam breadmaker.

3. Uli sampai siap dan pilih menu dough.

4. Timbang seketul 75grm, dan lumurkan setiap biji dengan planta.
*Nota: ada juga yang rendam semalaman dalam minyak.

5. Kemudian, selepas rehatkan dalam 30 minit, anda boleh tebar roti canai tersebut.

7. Akhir sekali, masak roti canai tersebut di atas kuali yang panas dan siap.
*Nota: jika ingin makan untuk esok, hanya masak setengah masak lalu masuk dalam frozen dan panaskan sahaja menggunakan air fryer jika ingin makan.

Begitu mudah cara membuat roti canai dengan bantuan breadmaker ini. Anda kini boleh buat sendiri di rumah dan nikmati bersama keluarga anda. Selamat mencuba!

Kebiasaanya anda makan roti canai cicah apa? Mungkin anda berminat untuk ketahui cara membuat sambal untuk makan bersama roti canai. Boleh klik pautan di bawah ini. 

Ini ‘Senjata Rahsia’ Untuk Sambal Ikan Bilis Tahan Berbulan-Bulan

Resipi Kari Daging Pekat Paling Sedap Dan Menyelerakan