Apakah menu untuk iftar anda hari ini? Setiap hari, pastinya para ibu tidak pernah gagal untuk menyediakan makanan yang sedap dan berkhasiat untuk keluarga.

Apa kata hari ini anda cuba makanan barat pula sebagai menu iftar? Tiada salahnya untuk cuba menu berbeza, bukan?

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Sha Farina telah berkongsi resipi lasagna yang pastinya sedap dengan menggunakan roti. Sudah bersedia? Ayuh kita mulakan!

Bahan-bahan yang diperlukan:

Roti Gardenia, susu, telur, butter, keju, sos preggo, daging, dan cendawan.

96094903_10157351631582794_1745685433074843648_n

Cara-cara membuat lasagna:

1. Pertama sekali, buat bancuhan susu dan telur.

2. Kemudian, sediakan kuah spagetti mengikut selera masing-masing.

3. Lengserkan loyang dengan butter.

Screenshot 2020-05-10 at 10.21.25 PM

4. Selepas itu, celup roti dalam bancuhan susu dan telur, kemudian layerkan dalam loyang.

5. Kemudian, letak kuah spagetti dan ratakan.

6. Letak pula kepingan keju.

Screenshot 2020-05-10 at 10.22.09 PM

Screenshot 2020-05-10 at 10.22.54 PM

7. Ulang langkah 4-6 sampai 3 lapisan.

8. Kemudian, taburkan parutan keju.

9. Tuang lebihan susu dan telur itu kalau ada.

10. Bakar selama 30 minit pada suhu 170c, tetapi ikut oven masing-masing dan siap.

Screenshot 2020-05-10 at 10.23.22 PM

95596931_10157351631747794_6962483479665704960_n

Mudah sahaja untuk buat lasagna ini. Bolehlah anda buat untuk berbuka nanti, pasti anak-anak anda suka. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Kami kongsikan beberapa resipi menarik yang anda boleh cuba di rumah pada pautan di bawah ini.

Ini Resipi Ringkas Puding Roti Sos Kastard Lemak Berkrim Yang Anda Boleh Cuba

Resipi Creme Brulee Lemak Berkrim Yang Sedap Dan Mudah Dibuat Ini Raih 1.2K ‘Shares’

Lebih 3.6K ‘Shares’, Ini Resipi Phad Kra Phao Yang Sedap Untuk Dicuba Penggemar Makanan Thailand