Bercakap tentang pisang, pasti anda memiliki cara tersendiri untuk menikmati makan pisang sama ada begitu sahaja, goreng, dijadikan kek dan banyak lagi. Malah, pisang juga mengandungi pelbagai khasiat yang baik untuk tubuh badan.

Resipi Kek Pisang Kukus yang mudah dan sedap ini telah dikongsi oleh saudara Dr. Syahr Musafir menerusi Facebook miliknya. Menariknya, resipi kek pisang kukus ini tidak menggunakan tepung, minyak, mentega dan gula. Berikut adalah bahan-bahan yang anda perlukan untuk 3 resipi kek pisang kukus:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. 6 biji pisang
2. 6 biji telur
3. Peanut butter
4. Oat
5. Oreo
6. Serbuk coklat atau milo
7. 16 cupcakes saiz (diameter) 7cm

Resipi pertama: Kek pisang kukus peanut butter

p

1. Lenyek 2 biji pisang dalam basin atau mangkuk.

2. Masukkan 2 sudu peanut butter, saya menggunakan jenama Lady’s Choice, yang smooth punya. Nak guna yang chuncky pun boleh, pasti sedap.

3. Masukkan 2 biji telur. Dan masukkan suku sudu teh baking soda, ini optional. Kalau tidak letak pun tidak apa, kek kembang juga sebab telur.

4. Kacau sebati, guna sudu sahaja.

5. Masukkan ke bekas atau loyang dan sedia untuk dikukus. Hiasan saya letak hirisan pisang.

Resipi kedua: Kek pisang kukus oreo

p.oreo

1. Lenyek 2 biji pisang dalam basin atau mangkuk.

2. Masukkan 2 sudu oat.

3. Masukkan 2 biji telur dan optional, masukkan suku sudu teh baking soda.

4. Kacau sebati, guna sudu sahaja.

5. Masukkan ke bekas sedia untuk dikukus. Sebagai hiasan, letakkan biskut oreo. Adunan ringkas ini mungkin nampak macam tawar sahaja, tetapi rasa pisang manis dan sebahagian biskut oreo yang cair (tenggelam dalam adunan kek) itu sudah cukup sedap.

Resipi ketiga: Kek pisang coklat

p.coklat

1. Lenyek 2 biji pisang dalam basin atau mangkuk.

2. Masukkan 4 sudu serbuk coklat, boleh guna milo jika tidak ada serbuk coklat memasak.

3. Masukkan 2 biji telur dan optional, masukkan suku sudu teh baking soda.

4. Kacau sebati, guna sudu .

5. Masukkan ke loyang, hiaskan dengan hirisan pisang dan sedia untuk dikukus.

Tip kukus:

A. Pastikan air mendidih sebelum kita letakkan adunan kek kita ini ke dalam periuk kukus.

B. Untuk cepat masak, gunakan bekas-bekas kecil, macam saya guna cups. Hanya ambil masa kurang 10 minit, semua kek sudah naik dan kembang. Kalau guna bekas kek yang besar, ambil masa lebih lama 10 hingga 40 minit ikut saiz loyang.

C. Tidak perlu letak butter atau minyak pada bekas sebab mengukus sebegini tidak menyebabkan kek melekat pada loyang.

Semoga perkongsian tip kek pisang kukus yang senang untuk disediakan ini dapat digunakan oleh anda. Malah, penyediaanya yang tanpa gula dan minyak tambahan pastinya menjadikan hidangan ini lebih sihat dan bagus untuk anda yang sedang diet di luar sana.