Semalam kami sudah kongsikan satu resipi nasi ayam istimewa. Ketika kami berkongsi, resipi itu baru sahaja mencecah 14,000 share, akan tetapi apabila hari semalam berakhir, ia mencecah lebih 40,000 share.

Itulah kehebatan resipi istimewa nasi ayam oleh Puan Rafiza Idayu. Puan Rafiza, pemilik Amazing Ayu Food menggabungkan dua resipi istimewa dengan bahan unik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Resipi adalah adaptasi resipi nasi Nasi Ayam Kak Laily Subang dan perapan ayam dengan resipi steak Me'nate oleh Tuan Mustaffa Haji Othman, bekas masterchef yang pernah berkhidmat di Istana Buckhingham.

Ikuti penulisan di bawah:

Resipi Ayam Perapan Dan Sambal Nasi Ayam

nasi-ayam
Resepi nasi ayam istimewa oleh Puan Rafiza Idayu.

Untuk resipi nasi, rujuk post ini.

Untuk resipi ayam perapan rujuk bawah:

  1. Resepi perapan ayam.

    Adaptasi resepi masterchef yang pernah berkhidmat di Istana Buckingham England.

    nasi-ayam
    Resepi nasi ayam istimewa oleh Puan Rafiza Idayu.

    Ilham resepi daripada Tuan Haji Mustaffa Othman, Menate Steak House.

    Resepi yang saya jumpa pada tahun 2010 ketika beliau aktif menulis blog.

    Resepinya :

    • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
    • 3 sudu madu
    • 2 sudu sos tiram
    • 1 sudu kicap pekat
    • 1 sudu minyak bijan (optional)
    • Sedikit lada sulah

    Saya tak letak garam. Kalau nak masin sedikit, letak garam sedikit sahaja sebab sos tiram sudah masin.

  2. Di dalam satu mangkuk, campurkan semua bahan tadi.

    nasi-ayam
    Resepi nasi ayam istimewa oleh Puan Rafiza Idayu.
  3. Perap ayam yang telah direbus tadi.

    Panaskan minyak macam menggoreng ayam.

    nasi-ayam
    Resepi nasi ayam istimewa oleh Puan Rafiza Idayu.

    Dah perap 15 minit dah boleh goreng dah.

    Terpulang sama ada nak menggoreng, gril dalam oven atau panggang atas arang. Resepi ini boleh digunakan.

    Selalunya saya panggang dalam oven. Tetapi kali ini saya guna kaedah goreng.

  4. Apabila minyak betul-betul panas. Masukkan ayam.

    Tengok buih dalam minyak membuat macam itu bermaksud api betul betul panas.

    nasi-ayam
    Resepi nasi ayam istimewa oleh Puan Rafiza Idayu.

    Saya suka memasak guna api sederhana kecil. Minyak panas sepenuhnya walapun mengambil masa.

    Kalau api besar, pemanasan mengejut nanti luar macam dah garing sangat, isi dalam belum berapa masak.

  5. Masukkan 3 ketul sahaja dalam periuk itu.

    Masa ini masak untuk sarapan.

    Kelas ko jah! Pagi pagi dah sarapan nasi ayam.

    Kalau guna kuali boleh sahaja. Jangan masuk banyak sangat.

    nasi-ayam
    Resepi nasi ayam istimewa oleh Puan Rafiza Idayu.

    Kita nak matikan air sahaja. Tidak terlalu garing. Sama masak dalam 5 minit ke 7 minit sahaja.

    Memasak ini perlu latihan selalu turun ke dapur. Nanti lama lama kita semakin mahir.

  6. Hasil ayam yang digoreng tadi.

    nasi-ayam
    Resepi nasi ayam istimewa oleh Puan Rafiza Idayu.

    Hangus-hangus tu yang sedap.

    Manis pahit masin.

  7. Resepi sambal nasi ayam.

    nasi-ayam
    Resepi nasi ayam istimewa oleh Puan Rafiza Idayu.
    • 6 biji lada merah (dalam gambar 2 sebab saya lupa ambil gambar masa sediakan tadi.)
    • 2 ulas bawang putih
    • 1 sudu jus limau nipis
    • Sedikit halia (anggaran 1 ruas jari kelingking)
    • 4 sudu gula
    • 1 sudu kecil garam
    • Air rebusan ayam 3/4 cawan (200ml)
    • 1 sudu kecil tepung jagung yang dilarutkan dengan 2 sudu air (Ayu tak letak, sengaja nak cuba resipi tanpa tepung jagung.)
  8. Ini air rebusan ayam tadi. (Rujuk post sebelum ini.)

    nasi-ayam
    Resepi nasi ayam istimewa oleh Puan Rafiza Idayu.

    Ingat kita bahagi 3 kegunaan air rebusan ayam.

    • untuk nasi ayam
    • untuk sambal
    • untuk sup kosong
  9. Blender semua bahan. Masukkan air rebusan tadi.

    nasi-ayam
    Resepi nasi ayam istimewa oleh Puan Rafiza Idayu.

    Tip: Bawang putih, lada dan halia tadi mesti potong kasar sebelum masuk blender. Kalau masuk sebiji-sebiji bawang putih nanti tak hancur.

  10. Masukkan dalam periuk, masak guna api kecil.

    nasi-ayam
    Resepi nasi ayam istimewa oleh Puan Rafiza Idayu.

    Ingat, jangan masak guna api besar. Kita nak semua bahan mesra-mesra gitu.

    Barulah sedap masakan kita.

  11. Dah mendidih, masukkan gula, garam dan perah limau nipis.

    nasi-ayam
    Resepi nasi ayam istimewa oleh Puan Rafiza Idayu.

    Kalau limau tak ada boleh guna apa lagi? Kita bincangkan di ruangan komen.

  12. Segala-mala aksesori berkaitan.

    nasi-ayam
    Resepi nasi ayam istimewa oleh Puan Rafiza Idayu.
  13. Nasi Ayam Umi sedia dihidang.

    Memasak ini ada satu BAHAN paling mahal iaitu KASIH SAYANG.

    Masukkan bahan itu, itulah resipi sebenar masakan kita sedap.

    Sebab itu mak kita goreng ikan bodo pun sedap sebab dia masukkan elemen tu. Anak aku nak makan ni… walaupun buh garam dengan serbuk kunyit jer… ikan goreng tu memang sedap.

    nasi-ayam
    Resepi nasi ayam istimewa oleh Puan Rafiza Idayu.

    Masukkan tau.

Untuk maklumat lebih lanjut boleh rujuk sini.

BACA: Makanan Barat Sedap Tapi 62 Makanan Tempatan Ini Akan Buatkan Anda Menggigil (SFW)

BACA: The Farm Satay & Grill Alam Damai, Cheras Tempat Wajib Pergi Penggemar Makanan Western

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber