Pastinya ramai rakyat Malaysia yang pernah berkunjung ke Thailand selalu jatuh cinta dengan keenakan makanan Thailand, betul? Apakah makanan yang anda craving ketika ini?

Apa kata ikuti perkongsian resipi pancake pisang persis seperti di Thailand oleh pengguna Twitter @aimartian yang anda boleh cuba sendiri di rumah dijamin sedap. Sudah bersedia? Ayuh kita mulakan!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bahan-bahannya:

1. Pisang
2. Frozen paratha
3. Butter
4. Coklat hazelnut spread
5. Gula

Cara-cara membuatnya:

1. Defrost paratha selama 5 minit dengan letakkan atas plastik dan pinggan.

2. Apabila sudah lembut, susun pisang yang sudah dipotong. Sebetulnya susun 12 tetapi saya hanya susun 9 sahaja, dan lipat paratha tersebut.

EWLdfmoUMA4c166

EWLd3EpUEAEBuBd

EWLd3lQUcAAtMed

EWLeRloVcAYLpVy

3. Panaskan pan dan letak butter atau salted butter atau margerin atau minyak. Selepas panas, letakkan paratha yang telah diisi dengan susunan pisang ke dalam pan selama 2 hingga 3 minit.

4. Kemudian, taburkan sedikit gula dan terbalikkan pancake anda dan biarkan selama 2 hingga 3 minit lagi untuk masak dan garing.

5. Selepas berwarna emas kekuningan, angkat dan sapukan coklat hazelnut spread. Potongkan ia dan siap serta boleh makan suam-suam.

EWLeswRUcAkyBSG

EWLfLz4U0AIaFSF

EWLfMciVAAAmfA8

EWQeoe0UEAA1QT4

Selepas ini jika craving pancake pisang ini, bolehlah buat sendiri tanpa perlu pergi ke Thailand. Mudah sahaja nak buat. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat buat anda.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa resipi menarik yang anda boleh cuba sepanjang bulan Ramadan ini dengan hanya klik pada pautan di bawah ini.

Resipi Ikan Siakap Stim Ala Thai Yang Menyelerakan Dan Mudah Ini Raih 8.5K ‘Shares’

Resipi ‘Simple’ Dan Sedap Kerabu Kerang Pasti Buat Anda Terliur

Resipi Dumplings Udang Viral Yang Mudah Dan Lazat Anda Boleh Cuba Di Rumah