Siapa di sini suka makan petai? Petai sedap dimakan begitu sahaja dengan nasi menjadi antara makanan kegemaran ramai orang. Malah, sekarang juga sedang musim durian. Sedap juga jika buat tempoyak, bukan?

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook Ben Safwan telah berkongsi resipi petai goreng tempoyak. Baca perkongsiannya di bawah ini:

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Bawang
2. Cili
3. Kunyit
4. Belacan
5. Minyak
6. Tempoyak
7. Ikan bilis
8. Petai

13

Cara-cara membuat petai goreng tempoyak:

1. Gorengkan ikan bilis sehingga rangup dan angkatkan ia.

2. Kemudian, goreng layu bawang, cili, kunyit sedikit, belacan dalam minyak goreng ikan bilis.

11

3. Selepas layu, kisarkan bahan tersebut bersama minyak. Tidak perlu letak air.

4. Kemudian, tumis semula bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak.

12

5. Lalu, tambahkan tempoyak, ikan bilis goreng dan petai.

6. Gaulkan ia dan siap.

14

Mudah bukan cara membuat petai goreng tempoyak ini? Semoga anda dapat manfaatkan perkongsian ini. Selamat Mencuba!

Sumber