Tidak lama lagi Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang dan pastinya anda sudah mula buat persiapan seperti membeli baju raya, kuih raya dan sebagainya. Bagi anda yang gemar makan biskut florentine, anda mesti tahu harganya yang mahal di pasaran.

Apa kata anda buat sendiri di rumah yang semestinya lebih jimat dan lebih puas hati. Bolehlah beri kepada keluarga yang datang beraya. Ikuti resipi biskut florentine tanpa guna tepung florenta oleh pengguna Facebook Chaiya Jarunee ini. Ayuh kita mulakan!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bahan-bahan:

94908452_144509503780942_4101641931719704576_n

1. Kacang-kacang ikut suka – dibakar atau goreng tanpa minyak selama 15 hingga 20 minit.
2. Bahan kacang-kacang – campur semua 800g.
3. Sedikit garam.
4. Telur putih gred A – 80g.
5. Madu – 50g.

Cara-cara membuatnya:

1. Satukan garam, telur putih dan madu di dalam mangkuk.

2. Kemudian masukkan kacang-kacang. Gaul rata sehingga kacang disaluti telur putih.

95371198_144509430447616_7974950525672095744_n

95340048_144509460447613_187990001286381568_n

3. Letakkan baking paper di atas dulang pembakar.

4. Tekan kacang dengan kuat menggunakan bekas cup kek atau acuan bakar.

95121034_144509480447611_7161728511470731264_n

95411489_144509407114285_4833688729019219968_n

5. Bakar selama 20 hingga 25 minit pada suhu 140-150 celcius.

6. Apabila sudah masak, keluarkan dan tunggu betul-betul sejuk. Kemudian, bakar sekali lagi selama 10 minit supaya lebih rangup.

7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Mudah sahaja untuk membuat biskut florentine ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Selamat mencuba!

Sementara itu, kami kongsikan beberapa resipi lain yang anda boleh cuba sendiri di rumah. Klik sahaja pautan di bawah ini.

Lebih 23K ‘Shares’, Resipi Almond Cluster Yang Sedap Dan Mudah Gunakan 2 Bahan Sahaja

Ini Resipi Mudah Lotus Cheese Cake Dijamin Sedap Tanpa Perlu Dibakar Yang Kini Jadi Kegilaan Netizen

Resipi Mudah Coklat Chip Ala Famous Amos Guna Air Fryer Dijamin Sedap Yang Raih 1K ‘Shares’