Pastinya ketika ini semua orang sedang sibuk membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri. Sudahkah anda fikir ingin masak juadah apa untuk esok?

Terbaharu, pengguna Facebook Wani Sulinan telah berkongsi resipi rendang kerang yang sedap untuk anda cuba. Ayuh kita mulakan!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bahan-bahannya:

96648873_1929494763848083_1623607778029338624_o

Kerang 2 kilo (rebus dan kopek kulitnya), 2 biji kecil bawang merah, 3 ulas bawang putih, 2 inci lengkuas, 2 inci kunyit hidup, 5 batang serai, cili boh 2 sudu besar, serbuk kari sesudu besar, kerisik sesudu besar, santan, asam keping sekeping dan daun kunyit.

Cara-cara membuatnya:

1. Kisarkan, bawang merah, bawang putih, lengkuas, kuntiy hidup dan batang serai.

2. Kemudian, tumis bahan yang dikisar sehigga air kering, letak satu batang serai ketuk.

3. Masukkan cili boh dan masak sehingga pecah minyak.

84703364_2516835958529936_895182720492109824_o

4. Selepas itu, masukkan serbuk kari dan masak sehingga pecah minyak.

5. Masukkan kerang, santan, asam keping, garam dan gula.

6. Akhir sekali, masukkan kerisik dan daun kunyit apabila air sudah mula kering sedikit dan siap.

Mudah sahaja nak buat rendang kerang ini. Buat anda yang ingin kelainan daripada makan rendang ayam atau daging bolehlah cuba rendang kerang.

Mesti sedap makan bersama nasi impit atau ketupat. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa resipi anda boleh cuba untuk juadah Hari Raya Aidilfitri nanti. Klik sahaja pautan di bawah ini.

Lebih 1.6K ‘Shares’, Ini Resipi Mudah Lemang Guna Air Fryer Dijamin Sedap Seperti Dibakar

Resipi Ringkas Dan Sedap Biskut Florentine Tanpa Guna Tepung Florenta Untuk Anda Cuba Di Rumah

Resipi Mudah Lasagna Guna Roti Gardenia Yang Sedap Buat Penggemar Makanan ‘Western’