Ramai orang suka sotong goreng tepung tetapi tak sanggup nak buat kerana asyik meletup-letup. Ramai orang tunggu resipi ini kerana sotong tidak meletup ketika digoreng dan kekal rangup.

Pengenalan

jonathan-wong-kar-gee
HYPE
Ini 5 Atlet Tempatan Yang Telah Berjaya Di Persada Sukan Antarabangsa
Baca lagi →

sotonggorengtepung-01

Nom…nom… sotong goreng tepung.

Langkah 1

sotonggorengtepung-02

  • Basuh dan potong sotong putih seperti dalam gambar.
  • Masukkan ke dalam penapis supaya air sotong sentiasa keluar.
  • Pecahkan 1 biji bawang putih. Ayu gunakan Ikea Garlic Press.

Yang jauh dari KL, kami ada servis untuk belikan Garlic Press ini di Ikea. Nanti WA 011 2800 3058 untuk pertanyaan. Boleh pos ke seluruh Malaysia.

Langkah 2

sotonggorengtepung-03

  • Masukkan 1 sudu cuka dan gaul rata. Apabila kita masukkan cuka, kita akan perhatikan sotong akan mengecut sedikit dan keluarkan air dari badan sotong.
  • Inilah rahsianya sotong kurang meletup sewaktu digoreng. Sotong mempunyai kandungan air yang tinggi. Sebab itu dia akan meletup ketika digoreng.

*Jangan masukkan cuka banyak sangat, nanti jadi fermented squid pula.

Tip masakan: Ayu gunakan cuka buah-buahan seperti cuka buah epal. Elakkan menggunakan cuka sintetik kerana itu cuka tiruan yang mempunyai rasa yang agak tajam walaupun murah. Cuka buah-buahan mempunyai khasiat yang tinggi.

Nabi Muhammad juga mengamalkan cuka makanan di dalam pemakanan mereka. Untuk mereka yang mencari cuka buah-buahan, Kedai Amazing Ayu ada menjualnya.

Langkah 3

sotonggorengtepung-04

Masukkan serbuk lada sulah. Ayu gunakan serbuk lada sulah Anjaad.

Tip masakan: Penggunaaan bawang putih dan lada sulah akan menaikkan ‘rasa’ makanan. Sebab itu kita akan perhatikan, kebanyakan masakan Cina banyak menggunakan 2 elemen ini dalam perapan masakan.

Untuk pembelian produk rempah dan herba Anjaad, boleh walk in di Kedai Amazing Ayu atau WA 011 2800 3058.

Langkah 4

sotonggorengtepung-05

Masukkan garam sedikit dan ratakan semua selama 10 minit.

Langkah 5

sotonggorengtepung-06

Sediakan bahan untuk salutan,

  • 1 biji telur dipukul untuk sebatikan putih telur dengan kuning telur sahaja. Jangan pukul beriya sebab nanti telur akan jadi ringan, dia tak berapa melekat pada sotong nanti.
  • Tepung jagung. Nak gantikan dengan tepung serbaguna goreng rangup boleh juga.
  • Ayu guna 5 sudu tepung serbaguna ditambah dengan 5 sudu tepung jagung.

Langkah 6

sotonggorengtepung-07

Proses salutan:

Celup sotong perapan ke dalam telur dan kemudian terus ke dalam tepung. Pastikan sotong disalut luar dan dalam.

Ini antara proses yang penting untuk elakkan sotong meletup. Tepung bertindak sebagai bahan serap air dari badan tepung.

Selain itu, telur akan bertindak sebagai gam iaitu melekatkan sotong dengan tepung.

Ayu buat satu-satu. Renyah sedikitlah pada awal mencuba tetapi kita akan lebih mahir selepas itu.

Langkah 7

sotonggorengtepung-08

  • Goreng apabila minyak betul-betul panas.
  • Masukkan sotong satu satu. Lihat gambar bagaimana sotong tersalut penuh dengan tepung.

Tip memasak: Jangan menggoreng sotong terlalu lama konon konon nak pastikan sotong rangup.

(Dulu Ayu pernah buat, selepas itu ibu tegur sotong tak boleh masak lama. Terkial-kial kami kunyah masa makan.)

Seafood tidak boleh overcooked kerana akan liat selepas sejuk.

Terbalikkan apabila tepung sudah nampak macam merangup (betul ke ayat Ayu ni) dan angkat.

Langkah 8

sotonggorengtepung-09

Sotong Goreng Tepung sudah diangkat.

Siapppp! Banyaklah tangan yang akan menyinggah di dapur.

Ayu pernah cuba resipi yang sama dengan sotong katak. Walaupun orang kata sotong katak mempunyai tekstur yang agak liat, tetapi apabila dimasak sotong goreng tepung… masya allahhhhh… sedapppp tak terperi.

Langkah 9

sotonggorengtepung-10

Ayu makan dengan sos Thai.

Nommmm…nommmm….

Serupa macam kita makan di restoran Thai tau! Ayu suka masak nasi lembik sedikit, makan dengan ketam masak lomak cili padi dengan sayur sedikit.

Ohhhh… nomm… nommmm….

BACA: Sara Tomyam Seafood Cheras Perdana Sediakan Masakan Thai Yang Pasti Puas Hati

Artikel di atas disumbangkan oleh Rafiza Idayu. Usahawan. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka