Mungkin ramai dalam kalangan kita yang sudah pun mengenali Sugu Pavithra, yang berjaya mencipta nama selepas kisah channel YouTube masakannya mula mendapat perhatian media dan netizen di seluruh negara baru-baru ini.

Buat anda yang masih tidak tahu, Sugu hanya menggunakan smartphone untuk merakam video-videonya di YouTube dan mula menarik perhatian ramai selepas menerima bayaran daripada Google – sebagai pulangan selepas mencatatkan jumlah tontonan yang tinggi di platform penstriman itu.

pexels-aldo-picaso-1138171
HYPE
Rambut Gugur Dan Tidak Sihat, Ini 5 Punca Wanita Berhijab Sering Berdepan Masalah Rambut
Baca lagi →

sogoooo

Walaupun hanya berkongsi resipi masakan tempatan, namun siapa sangka perkongsian yang dibuat beliau juga berjaya mencuri perhatian pasangan daripada Jepun yang menggunakan resipinya untuk memasak kari ayam.

Pasangan vlogger Jepun iChang RM yang juga pernah berkunjung ke Malaysia sebelum ini memuat naik video mereka memasak kari ayam pada pertengahan bulan lalu dan sehingga kini sudah pun mendapat lebih 200,000 ribu tontonan.

dayum

Apa yang menarik, pasangan tersebut turut mengikuti satu persatu tip yang diberikan dalam video resipi Sugu untuk memasak kari ayam mereka dan menonton video tersebut sambil memasak.

suguoioio

turmeric

Walaupun menghadapi beberapa halangan seperti perbezaan bahasa dan ketiadaan rempah ratus, namun pasangan tersebut dilihat tidak mempunyai masalah untuk mengikuti perkongsian yang diberikan dengan menggunakan bantuan daripada Google Translate.

Dan untuk rempah ratus pula, mereka memutuskan untuk membuat campuran sendiri memandangkan rempah kari Babas yang digunakan Sugu tidak dijual di Hong Kong.

ketumbar

babas

Cabaran yang dihadapi dalam menyediakan kari ayam seperti diajar Sugu itu bagaimanapun tidak menjadi halangan buat pasangan tersebut apabila mereka akhirnya berjaya menghasilkan kari ayam sama seperti dengan yang ditunjukkan Sugu dalam videonya.

Malah mereka juga turut menggunakan daun pisang sebagai alas hidangan sama seperti yang dilakukan di restoran-restoran nasi daun pisang di negara kita.

Anda boleh menonton telatah mereka memasak hidangan nasi daun pisang menggunakan resipi KARI TAK PAYAH TUMIS ‘ LAIN DARIPADA YG LAIN’ oleh Sugu di sini.

 

Buat anda yang terlepas untuk membaca perkongsian mengenai Sugu yang menerima bayaran daripada Google sebelum ini, klik pautan di bawah untuk membaca mengenainya. 

Hanya Rakam Menggunakan Telefon, ‘Channel’ YouTube Masakan Wanita Ini Kini Dibayar Google

Gadis Berusia 12 Tahun Ini Tersenarai Sebagai 10 YouTuber Dengan Jumlah Pengikut Tertinggi Malaysia

Anda Mungkin Suka