Selain daripada tomyam, pasti anda juga gemar makan sup betul? Bayangkan anda sedang menikmati sup daging atau tulang atau ayam bersama nasi dan sambal kicap, fikir sahaja sudah terliur, bukan?

Malah, ketika Hari Raya Aidiladha, pasti anda buntu nak masak apa selain daripada hanya masak rendang daging. Apa kata anda masak pula sup tulang atau daging ? Ini adalah resipi sup tulang yang sedap dan mudah untuk dibuat, baca resipi ini di bawah:

SuperPark
HYPE
28 Aktiviti Awesome Yang Anda Boleh Cuba Di ‘SuperPark Malaysia’
Baca lagi →

Bahan-bahan membuat sup tulang:

68780362_381287212584080_4604617588884897792_n

1. Bawang putih
2. Bawang merah
3. Halia
4. Perencah sup adabi
5. Sup bunjut
6. Rempah tumis
7. Lobak
8. Bunga Kobis
9. Saderi
10. Daun sup
11. Tomato
12. Tulang or ayam

Langkah-langkah membuat sup:

67631968_381287249250743_8097335202159788032_n

1. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau.
2. Kemudian, masukkan rempah adabi dan kacaukan ia serta masukkan air sedikit demi sedikit.
3. Kacau sehingga rempah naik bau barulah masukkan air mengikut kesesuaian.
4. Kemudian, masukkan sup bunjut.
5. Masukkan tulang yang sudah siap direbus.
6. Masukkan sayur lobak, dan bunga kobis.
7. Selepas itu, masukkan tomato, batang saderi dan daun sup.

Langkah-langkah membuat sambal kicap:

68378842_381287292584072_2040253677716897792_n

1. Gorengkan cili padi, bawang putih dan belacan terlebih dahulu.
2. Tumbukkan semua bahan tersebut, kemudian masukkan kicap lemak manis.
3. Akhir sekali, perahkan limau.

Perkongsian resipi sup tulang ini adalah daripada pengguna Facebook Nur Fadillah Mustaffa dan dikatakan ini adalah resipi daripada arwah ibunya. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan anda.

Anda Mungkin Suka