Nama asal telur dadar gulung atau omelette roll dalam bahasa Korea ini ialah gaeran mari 계란말이 (bunyi: “geh-rahn-mah-leeh”). Ia boleh disiapkan dalam masa yang cepat dan mudah dimasak untuk makan tengah hari dan kembara.

Gaeran mari ini dimasak dengan dua jenis sayur, terutama daun bawang dan lobak merah. Pilihan isi yang boleh dicampurkan sekali ialah bawang, timun, brokoli, cili, kobis, daging cincang, dan keju.

MiTEC
HYPE
‘Hi HOME Property Event’ Acara Hartanah Unik Yang Akan Berlangsung Pada 25 Julai 2019
Baca lagi →

Semua bahan yang dicampurkan ke dalam sebatian telur perlu dicincang halus bagi memudahkan telur dadar digulung bersama nasi dan kepingan rumpai laut. Ia boleh menjadi alternatif kepada telur dadar yang biasa dimasak oleh orang Malaysia.

Fullscreen capture 18092015 145541.bmp

Fullscreen capture 18092015 145548.bmp

Porsi: 1 – 2 set

Masa: 10 minit

Bahan:

  • 4 biji telur
  • 1 pek daging salami
  • 1 biji bawang kecil
  • 1 genggam cendawan enoki
  • 1/2 sudu teh stok sup
  • 2 helai rumpai laut kering
  • 1 mangkuk nasi
  • 1 batang daun bawang
  • 1 sudu besar air
  • 2 sudu besar minyak

Masa persiapan: 5 minit

Cara persiapan:

1. Pecahkan 4 biji telur di dalam mangkuk. Kacau sehingga ia sebati.
2. Cincang daging salami, cendawan enoki, bawang kecil, daun bawang.
3. Masukkan bahan yang telah dicincang ke dalam bancuhan telur.
4. Kacau bahan-bahan tersebut.
5. Masukkan 1/2 sudu teh stok sup, dan 1 sudu besar air.
6. Kacau semua bahan sehingga ia sebati.

Masa memasak: 5 minit

Cara memasak:

Selamat mencuba!

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka