Assalamualaikum semua.

Saya tak pernah janji nak bagi resipi ikan jeruk ni sebab saya berniaga. Ramai yang minta resipi dan saya tak reply. Namun saya fikir semula rezeki kita semua Allah yang tentukan. Saya tak akan kaya menjual ikan atau daging tetapi berkongsi rezeki buat saya rasa ‘kaya’. Dengan rendah hati saya kongsikan resepinya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Langkah 1

12321573_1030053897038034_8184960911313580598_n

Bersihkan tenggiri segar dan perap dengan:

  • Jus limau Kasturi / nipis / lemon *
  • Garam secukupnya *
  • Halia hiris halus spt mancis *
  • Lengkuas hiris halus spt mancis
  • Sedikit ketumbar biji
  • Sedikit daun sage utk aroma, tidak wajib (herba Inggeris)
  • Black pepper (kisar)

Semua bahan bertanda * hendaklah kuantiti yang secukupnya untuk awet ikan supaya tak busuk & tahan lama dengan izin Allah. Simpan peti bawah sahaja. Lepas 12 jam boleh goreng.

Langkah 2

12042727_1030053940371363_5148882445091083117_n

Mengapa daun sage?

Daun sage ada aroma yang sangat kuat dan ada khasiat tersendiri — bersifat remedy, menenangkan dan berkesan untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Sangat sesuai untuk org berpantang. Rendam sage dalam sebarang minuman suam dan minum. Boleh dapatkan di pasaraya terpilih.

Langkah 3

12717968_1030054003704690_2489993256832802782_n

Goreng dengan bawang dan cili. Rasa masam, masin, wangi dan sedap.

Langkah 4 

10264283_1030054213704669_888049086553962974_n

Siap untuk dimakan.

12806076_1030054177038006_7385622805444528986_n

Ini yang saya jual. Pack dalam vacuum sealed untuk menjamin kesegaran jika ada yang order melalui pos.