Setiap kali tular resipi baru yang menarik dan mudah untuk dibuat, pastinya ramai ingin mencubanya, bukan? Bagi anda yang sering menoton kartun siri Tom & Jerry pastinya sering melihat keju yang dimakan oleh Jerry.

Tipulah jika anda tidak rasa tergoda dan terliur untuk mencubanya. Khas buat penggemar keju, resipi Tom & Jerry Cheese Cake yang sedap ini dikongsikan oleh pengguna Facebook NorhasLina OtHman. Ayuh kita mulakan!

105979860_3622109647817935_6245940431332483452_n

Bahan coklat luar:

500gm white compound coin, dan 2 hingga 3 titik pewarna kuning lemon.

Cara-cara membuat coklat luar:

1. Double boilkan hingga cair, apabila sudah suam masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam acuan dan ratakan.

2. Agak-agak sahaja, tidak nipis sangat tidak tebal sangat. Kemudian, bekukan sekejap dalam peti sejuk.

101689997_3260703450628620_4573826037397081239_n

Bahan untuk cheese:

Bahagian A
400gm cream cheese, 300gm whipping cream, 50gm gula aising dan ½ perasa oren sunquick.

Bahagian B
50gm air suam dan 1½ tbsp gelatin.

Cara-cara membuatnya:

1. Campur cream cheese bagi nampak licin. Kemudian, masukkan gula dan perasa sunquick gaul hingga sebati. Akhir sekali, masukkan whipping cream gaul sampai sebati dan kental.

2. Campurkan air suam dan gelatin sampai larut. Tunggu sejuk baru masukkan ke dalam bahagian A. Gaul sebati guna sepatula.

106180249_3622109541151279_3355582324117171074_n

P/s: Tengah-tengah kek itu adalah kek sponge coklat. Kalau nak senang letak sahaja kek Apollo 30sen itu. Tidak letak kek pun ok juga terpulang pada citarasa masing-masing.

Mudah sahaja rupanya nak buat kek ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Selamat mencuba!

Sementara itu, kami kongsikan beberapa resipi menarik untuk anda cuba di rumah. Klik sahaja pautan di bawah ini.

Ketahui Resipi Roti Gebu Yang Mudah Dibuat Sendiri Dengan Hanya Bermodalkan RM5

Lebih 17,000 Retweets, Ini Resipi Enak Dan Mudah Yee Mee Sizzling Ala ‘Food Court’

Raih 97K ‘Shares’, Ini Resipi Mi Hailam Tumis Yang Mudah Dan Sedap Untuk Anda Cuba Di Rumah