Pihak Twitter telah mendedahkan 10 resolusi tahun baru yang paling popular ditulis oleh pengguna Twitter sejak 25 Disember yang lalu. Pemilihan ini hanya tertakluk pada penggunaan bahasa Inggeris sahaja. 10 resolusi ini mencerminkan impian dan harapan buat sejumlah majoriti pengguna Twitter untuk sepanjang tahun 2015. Inilah resolusi-resolusi tahun baru yang popular di Twitter:

nye_graphic_twitter

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Wah! Nampaknya semua resolusi yang popular di Twitter untuk tahun baru 2015 ini berkisar tentang self-improvement! Ini satu petanda yang bagus kerana ramai orang mahu memperbaiki dan menambahbaik diri. Resolusi-resolusi itu juga saling berkaitan di antara satu sama lain. Maka, ia lebih mudah untuk dicapai.

Contohnya, apabila seseorang itu mahu melakukan senaman (work out), pastinya dia perlu belajar dan mahirkan diri tentang teknik yang betul (be the best at…) untuk senaman terutama dari segi penggunaan peralatan senaman dan regim senaman. Salah satu kesan dari senaman yang konsisten, ialah penurunan berat badan (lose weight). Ini pastinya akan membuatkan kita bertambah gembira (be happpy)! Kesan pengurangan berat badan itu pula akan meningkatkan self-esteem yang sekaligus membuatkan kita lebih menyayangi dan menghargai diri sendiri (love myself). Nampak tak? Dari 1 aktiviti sahaja, 5 resolusi sudah dapat dicapai. Awesome kan! ;)

Apakah resolusi tahun baru 2015 anda pula?

Kongsikan dengan kami di Facebook The Vocket hari ini :)

Sumber: Twitter