Janda Baik bukanlah satu tempat yang terlalu terkenal untuk bercuti. Tetapi, dalam diam-diam, kediaman di lokasi ini sering penuh. Jangan mimpilah untuk datang ke sini jika anda rancang untuk terus walk-in, kemungkinan anda terpaksa tidur dalam kereta, sangatlah tinggi.

Perkara ini tidak pelik, kerana Janda Baik dipenuhi kecantikan alam semulajadi. Dengan sungai-sungai melalui resort yang dihias cantik, ia menjadi pilihan buat keluarga bercuti.

S10
HYPE
Rakam Video Dan Terus Sunting, Ini Kelebihan Samsung Galaxy Note10 Untuk Anda Yang ‘On The Go’
Baca lagi →

Di bawah adalah merupakan senarai beberapa resort menarik untuk anda merehatkan diri bersama-sama keluarga:

1. Le’ Manah Retreat

Sesuai untuk keluarga yang ramai, Le’ Manah Retreat mempunyai 7 buah bilik dalam satu rumah. Di sini pelbagai aktiviti dapat dilakukan. Kemudahan seperti gelanggang badminton, gelanggang tenis, meja ping-pong, pit barbeku, kolam ikan, padang sungai, kolam kanak-kanak dan basikal untuk mengelilingi kampung ada disediakan di sini. Dengan harga bermula pada RM210 untuk satu bilik, saya pasti percutian di sini adalah sesuatu yang sukar untuk dilupakan.

Alamat: Lorong Belia 1, Kampung Chemperoh 28750 Kampung Janda Baik, Pahang, Malaysia

Untuk maklumat lanjut layari laman web Le’ Manah Retreat.

2. Fifty4Ferns

Fifty4Ferns adalah resort yang baru dibuka di Janda Baik, Pahang. Kawasannya yang luas dan nyaman dilengkapi dengan kolam renang dan tasik. Berhampiran dengan sungai, anda boleh memancing, berbasikal, jungle trekking dan berkaraoke di resort ini. Pasangan pengantin yang baru berkahwin pula boleh menginap di rumah pokok yang diberi nama Sarang Burung. Harga bermula daripada RM400.

Peta lokasi percutian ini adalah seperti di bawah.

Hubungi FB Fifty4Ferns atau 019-3454284 dan 019-3454286 untuk maklumat lanjut.

3. Serene Retreat

Serene Retreat terletak di Bentong, berhampiran Genting Highlands. 7 bilik berhawa dingin di retreat ini dilengkapi dengan televisyen LCD, Wi-Fi, pancuran dan balkoni.

Beberapa aktiviti seperti kolam renang, basikal dan barbeku juga disediakan di lokasi ini.

Alamat: 5358 Lorong Cherengin 2, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia

Hubungi 017-287 0946 atau layari laman web Serene Retreat untuk maklumat lanjut.

4. Danau Daun Chalets

Danau Daun memiliki 4 jenis chalet yang dinamakan Danau Daun I, Danau Daun II, Danau Daun III, dan Danau Daun Cottage. Harga bermula daripada RM240 semalam. Danau Daun III memiliki kolam peribadi pada harga bermula RM640 semalam.

Alamat: Lot 5347, Kg. Sum-Sum Hilir, Malaysia, Kampung Janda Baik, 28750, Pahang, Malaysia

Hubungi 017-8713509 atau layari laman web Danau Daun Chalets untuk maklumat lanjut.

5. Seri Pengantin Resorts

Seri Pengantin Resort, suasana nyaman dikelilingi kawasan hutan. Air kolam pula diambil daripada air bukit.

Terletak di sepanjang Sungai Sum-Sum Hilir, resort ini terletak hanya 23km dari Colmar Tropicale dan 27km dari Chin Swee Caves Temple.

Resort ini juga mempunyai taman yang menghijau dan kolam ikan.

Alamat: Lot 686, Kg.Sum-Sum Hilir, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Hubungi 03-4270 1700 atau layari laman web Seri Pengantin Resort untuk maklumat lanjut.

6. Hawa Resort

Suasana kampung mengelilingi lokasi percutian ini. Kawasannya luas, sesuai untuk hari keluarga. Hanya beberapa tapak, mata anda dihidangkan dengan pemandangan sungai.

Pit barbeku dan peralatan riadah juga disediakan untuk kemudahan anda.

Alamat: Kampung Orang Asli Hulu Chemperuh, Bentong, Pahang, Malaysia

Hubungi +60 3-7710 6717 atau layari laman web Hawa Resort untuk maklumat lanjut.

BACA: 7 Sebab Kenapa Ipoh Adalah Destinasi Percutian Paling Hipster Di Malaysia

7. Teratak Malaya

Bila sebut Teratak Malaya, macam-macam ada.

Ruang luas dan dewan sesuai untuk hari keluarga dan berkursus. Sungai dan kolam memancing juga ada di sini. Taman yang dijaga rapi, berlatarbelakangkan kehijauan flora dan fauna, tempat ini memang sangat sesuai untuk anda yang cintakan alam semulajadi.

Hubungi 017-6076691 atau layari laman FB Teratak Malaya untuk maklumat lanjut.

8. Suunah Koruss Resort

Suunah Koruss sesuai untuk kumpulan yang besar. Harga bermula pada RM800 untuk 25 orang, berdekatan aliran air sungai. Suasana yang cantik dan mendamaikan, dengan style binaan rustik.

Hubungi 016-2294463 (Zu), 013-3058719 (Ain), 03-55414014 (pejabat) atau layari laman web Suunah Koruss Resort untuk maklumat lanjut.

9. D’Ark Resort

D’Ark Resort Janda Baik, Pahang memiliki padang yang luas, sesuai untuk hari keluarga.

Air sungai pun sangat hampir dengan resort. Suasana yang menghijau dan laman yang terjaga rapi, anda pasti selesa di sini.

Alamat: Ashida Villa, Lot 5303, Kampung Janda Baik, Pulau Santap, Pahang, 28750 Bentong, Malaysia

Hubungi 09-2330031 untuk maklumat lanjut.

10. Enderong Resort

Enderong Resort memiliki kolam renang dengan pemandangan semula jadi Lembah Enderong yang mempesonakan. Bersebelahan kolam, terletak tasik semulajadi daripada air bukit, menghiasi pemandangan di resort ini. Anda boleh memberi makan kepada ikan yang dibela di sini, ataupun menelusuri denai-denai di dalam hutan sambil menghayati flora dan fauna serta pelbagai jenis burung yang tinggal di sini. Jika anda berasa adventurous, anda boleh mencuba aktiviti memanah. Atau hanya bersantai dengan keluarga sambil menikmati barbeku.

Alamat: Jalan Tanarimba Pine, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia

Layari laman web Enderong Resort untuk maklumat lanjut.

11. Sailor’s Rest Resort

Tinggal di dalam bot, atau ber-‘camping’ dengan glamor – anda pilih gaya yang anda suka.

Boathouse, kampung chalet, glamping, modern chalet dan bungalow adalah lima jenis villa yang ada di Sailor’s Rest Resort, Janda Baik.

Layari laman web Sailor’s Rest Resort Janda Baik untuk maklumat lanjut.

12. Chengal Retreat

Chengal Retreat Janda Baik menawarkan 4 jenis villa untuk pengunjung. Riverside Chalet, Dorm, Water Chalet dan Apachi adalah 4 jenis villa yang ditawarkan. Bermula pada harga RM250, pemandangan menghijau di resort ini sangat mempesonakan.

Alamat: Lot 8537, Kuala Lurah

Hubungi 011-11890700 atau layari laman FB Chengal Resort untuk maklumat lanjut.

BACA: 4 Resort Percutian Ini Bakal Mengubah Persepsi Anda Terhadap Seremban

Anda Mungkin Suka