Sebelum ini kami pernah berkongsi senarai 16 Hotel Murah Lengkap Dengan Kolam Renang Dalam Bilik di Bali.

Kami juga pernah berkongsi 12 Villa Di Malaysia Dengan Kolam Renang Persendirian Ideal Untuk Percutian Romantis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Nampaknya demam kolam renang masih belum reda. Kami teruja untuk berkongsi 7 buah resort dengan kolam renang ini di Selangor kepada anda. Menariknya, resort ini bukan sahaja boleh memuatkan bilangan orang yang ramai (sesuai untuk reunion atau percutian keluarga), ada juga di antaranya hadir dengan harga mampu milik!

Mari saksikan senarai 7 buah resort ini:

1. RumahKebun, Hulu Langat, Selangor

Dikelilingi bukit bukau dan pemandangan menghijau, RumahKebun adalah tempat beristirehat yang ideal bersama-sama keluarga dan teman-teman rapat. Terjunlah ke dalam kolam renang yang menggunakan air yang disalirkan dari sungai, atau anda boleh terus nikmati kesejukan Sungai Semungkis.

Resort ini yang memiliki 3 bilik tidur dan 3 bilik air, boleh memuatkan sehingga 16 orang. Terdapat rumah pokok (treehouse) dan beberapa ekor kambing akan menemani anda di sini. Harga bermula daripada RM1500.

Tempahan boleh dibuat di AirBNB. Dapatkan potongan sebanyak RM84 dengan mendaftar di link ini.

Layari laman FB RumahKebun untuk maklumat lanjut.

Alamat: Kg Sg Semungkis (Batu 14), 43100 Hulu Langat, Selangor, Malaysia

2. Kuang Kampung Retreat, Sungai Buloh

Pulang ke masa lalu dengan cara kehidupan tradisional. Pokok-pokok, botani, bunga-bunga, haiwan dan binatang ternakan menghiasi Kuang Kampung Retreat, menjadikan pengalaman anda di lokasi ini sesuatu yang sukar dilupakan.

Pada keluasan 3,350 kaki persegi, rumah yang boleh memuatkan 7 orang tetamu ini memiliki kolam renang di tengah rumah.

Dengan tanah berkeluasan 2 ekar, anda boleh mengadakan majlis perkahwinan dalam taman, mesyuarat korporat, sambutan hari jadi dan ulang tahun, serta perjumpaan keluarga dan rakan-rakan di sini. Pit BBQ juga disediakan pada harga RM100 sehari.

Dengan ruang yang luas dan lanai untuk menikmati pandangan, percutian di sini pasti menyeronokkan.

Harga bermula daripada RM800 semalam.

Hubungi 03-2730 9988 atau layari laman web Avillion Private Collection untuk maklumat lanjut.

Alamat: Lorong Orkid, Kuang, 47000 Sungai Buloh, KL, Malaysia

3. Kepyok, Beranang

Kepyok yang terletak di Beranang memiliki senibina yang menarik hati. Dibina menggunakan batu-bata merah dan batu serta hiasan jubin Terracotta semulajadi serta kayu jati, ia merupakan di antara resort persendirian dengan design terbaik yang pernah saya lihat.

Terdapat 3 binaan di sini. Rumah Agong menempatkan ruang tamu, ruang makan dan dapur untuk dikongsi bersama oleh semua tetamu.

Dua lagi binaan menempatkan dua buah chalet. Setiap chalet mampu menampung 4 orang tetamu.

Kolam renang bersaiz 5 meter x 13 meter pula dihiasi jubin Lampan yang bersinar apabila disinari cahaya matahari. Pokok-pokok menghijau, bunga-bungaan, tanaman, kolam ikan dan haiwan belaan menghiasi resort yang cukup cantik ini.

Terletak berhampiran Bukit Broga, anda pasti terpukau dengan kecantikan kawasan ini.

Harga bermula daripada RM683 semalam.

Tempahan untuk Chalet 1 dan Chalet 2 boleh dibuat di AirBNB, dapatkan potongan sebanyak RM84 dengan mendaftar di link ini.

Layari laman web Kepyok atau laman Facebook Kepyok untuk maklumat lanjut.

Alamat: Kg. Kuala Pajam, Beranang

4. Sally’s Cottage, Banting

Terletak berhampiran Pantai Morib, anda dapat bawa keluarga mandi-manda di pantai atau menikmati ikan bakar di kawasan berhampiran. Bukit Jugra, Jeti Nelayan Kelanang, Pulau Carey, Pasar Kampuchea dan kilang kerepek Kampung Sungai Lang adalah sebahagian daripada tarikan pelancongan yang ada di sekitar cottage ini.

Sally’s Cottage dapat memuatkan 6 hingga 10 orang.

Sewaan cottage dengan kolam renang hanya pada harga RM300 semalam. Murah, kan?

Hubungi 018-2454334 (Liza) atau layari laman web Sally’s Cottage untuk maklumat lanjut.

Alamat: Lot 251 Lorong Bambu, Jalan Tanah Raja, Kampung Sungai Buaya 42700 Banting, Selangor.

5. Aman Dusun Orchard & Farm Retreat, Hulu Langat

Terdapat pelbagai perkara menarik di Aman Dusun. Ini termasuklah ladang kambing, di mana haiwan ternakan ini dibiar bebas meragut rumput yang mana merupakan satu pemandangan menarik untuk dilihat. Pemilik retreat ini memberi peluang kepada kambing yang baru bersalin untuk berehat di ladang kecil ini. Hanya apabila haiwan-haiwan ini telah sihat sepenuhnya (setelah 3 bulan) barulah mereka dikembalikan ke ladang utama. Kambing baka Saneen juga dibiakkan di kawasan ladang ini untuk mendapatkan susunya.

Rumah ini dilengkapi dengan 2 bilik tidur dan sebuah loft yang bersambung kepada bilik tidur utama. Terdapat 3 buah katil queen dan 2 buah katil bujang di keseluruhan rumah ini. Dapur dilengkapi dengan segala kelengkapan memasak yang anda perlukan. Anda juga boleh berehat di beranda yang bersambung terus ke kolam renang.

Antara kemudahan yang disediakan termasuklah permainan ping-pong, badminton, rod memancing dan set BBQ.

Suasana dipenuhi dengan hutan yang merimbun dan sungai yang mengalir. Terletak bersebelahan kampung Melayu, anda dapat menikmati bunyi serangga, monyet, unggas dan sungai mengalir sepanjang berada di sini.

Aman Dusun dapat memuatkan sehingga 7 orang.

Sewaan adalah pada RM951 semalam.

Tempahan melalui Airbnb, dapatkan diskaun sebanyak RM84 di sini dahulu.

Layari laman web dan laman Facebook Aman Dusun untuk maklumat lanjut.

Alamat: Kampung Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor, Malaysia

6. Bee River Home, Hulu Langat

Terdapat dua buah rumah disediakan oleh pemilik, iaitu Bee dan Bee2 River Home.

Kedua-dua buah rumah ini dikelilingi alam semulajadi. Bukit-bukau dan hutan menghiasi pemandangan, di samping bunyi air sungai mengalir yang menenangkan. Hanya 40 minit dari Pusat Bandar Kuala Lumpur, anda akan ditemani oleh ayam, itik dan kambing.

Bermandi-manda di kolam renang, memancing di sungai, berpiknik, beri haiwan makan, menikmati buah-buahan yang boleh dibeli daripada gerai tepi jalan semasa musim buah, atau hanya berehat di samping keluarga adalah di antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini.

Bee River Home dapat memuatkan 9 orang tetamu, bermula dari RM699 semalam.

Bee2 River Home pula dapat memuatkan 6 orang tetamu, bermula dari RM302 semalam.

Pemilik hanya dapat dihubungi dan melalui Airbnb.

Tempah Bee River Home dan Bee2 River Home. Dapatkan diskaun sebanyak RM84 di sini.

Alamat: Hulu Langat, Selangor, Malaysia

7. Gerimis Senja Villa, Hulu Langat

Terletak di kawasan berbukit bukau Ulu Langat, Gerimis Senja Villa bukanlah taman yang biasa. Villa penuh kemewahan ini menampilkan pemandangan dan muzik alam semulajadi. Kawasan villa seluas 3 ekar didatangkan dengan 2 bilik tidur dan 2 bilik air, dikelilingi oleh pohon buah-buahan tempatan.

Dalam senarai ini, Gerimis Senja Villa adalah satu-satunya tempat percutian yang menawarkan infinity pool.

Terdapat juga kemudahan-kemudahan lain seperti tab mandi, dapur, mesin basuh, televisyen, set BBQ dan sewa basikal.

Anda boleh menghabiskan masa dengan bermain catur atau congkak, memancing, mandi-manda di infinity pool, mendaki bukit, sewa basikal dan mengadakan parti BBQ bersama-sama keluarga dan rakan-rakan.

Selain itu, anda boleh berkunjung ke beberapa lokasi tarikan seperti Sungai Congkak, Air Terjun (Gabai, Perdik dan lain-lain), kolam air panas dan hutan simpan.

Gerimis Senja Villa dapat memuatkan 10 orang tetamu, harga bermula daripada RM1000 semalam.

Hubungi 017-2641602 dan 012-2122776 atau layari laman Facebook Gerimis Senja Villa untuk maklumat lanjut.

Alamat: Jalan Ulu Langat, Batu 17 3/4 Dusun Tua

Semoga anda berpuas hati dengan senarai 7 resort di atas.

Ada hal-hal tentang percutian anda mahu kami research? Tuliskan di ruangan komen, jadi kami boleh tulis untuk anda.

Jangan lupa like The Vocket di Facebook, jadi anda akan terus-menerus dapat membaca artikel cuti-cuti Malaysia seperti ini. Terima kasih.

BACA: 12 Resort Janda Baik, Pahang Yang Anda Boleh Terjun Tiruk Mandi Sungai