Resort yang cantik, ditambah pemandangan sawah padi yang terbentang luas – apa yang lebih menarik daripada itu!

Semasa pertama kali saya terjumpa gambar-gambar ini di Airbnb, saya bagai tidak percaya adanya tempat secantik begini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

BACA: Keunikan Ladang Alam Warisan, Negeri Sembilan, Resort Percutian Sambil Dekati Alam Dan Tradisi

Terbayang-bayang menikmati pemandangan sawah yang menghijau, dan bila hari sudah panas, splash terjun masuk ke dalam kolam renang. Menarik, kan?

Ini senarai 8 resort tepi bendang di Langkawi, Kedah:

1. Foxhill, Langkawi

Resort Foxhill terletak di tengah-tengah Pulau Langkawi, dengan pemandangan sawah padi dan Gunung Mat Cincang, di mana matahari terbenam. Pemandangan memukau hadir di sini tanpa mengira waktu.

Lokasinya strategik, tetamu hanya perlukan perjalanan selama 15 – 30 minit menggunakan kereta untuk sampai ke Pekan Kuah, Cenang dan pantai-pantai yang cantik. Makam Mahsuri hanya 5 minit dari lokasi ini. Setiap hari Isnin, pasar malam diadakan di Ulu Melaka, juga hanya 5 minit dari tapak resort.

Resort Foxhill menempatkan kemudahan seperti perpustakaan, lounge televisyen, meja pool, kolam renang, cabana dan WiFi percuma. Di sini, anda juga boleh mengadakan lawatan ke ladang buah mangga atau buah-buah tropika yang lain. Set BBQ, kelas memasak, sesi mencanting batik juga ditawarkan atas permintaan.

Foxhill menawarkan 6 jenis kediaman untuk tetamu:

  • Alfah – ideal untuk 5, maksimum 6 orang. Harga bermula daripada RM551.
  • Amin Suite House – ideal untuk 3, maksimum 4 orang. Harga bermula daripada RM342.
  • Tree Top House – hanya untuk 2 orang sahaja. Harga bermula daripada RM221.
  • Jasmine Wellness House – ideal untuk 3, maksimum 4 orang. Harga bermula daripada RM359.
  • Suria Family House– ideal untuk 4, maksimum 6 orang. Harga bermula daripada RM443.
  • The Hill House – ideal untuk 4, maksimum 5 orang. Harga bermula daripada RM459.

Tempahan melalui Airbnb dapat dilakukan melalui link di atas. Dapatkan diskaun RM84 daripada Airbnb dengan mendaftar di link ini.

Hubungi 04-9557599 atau 012-4737099 atau layari laman web Foxhill Langkawi atau laman Facebook Fox Hill Langkawi Kampung & Homestay Resort untuk maklumat lanjut.

Alamat: Kg Telok Lot PT 91, Mk Ulu Melaka, Langkawi 07000, Malaysia

2. Terang Bulan, Langkawi

Terang Bulan terletak di kawasan perkampungan Langkawi, bersama-sama dengan penduduk tempatan yang telah duduk di Langkawi dari beberapa generasi sebelumnya.

Sawah padi berhadapan Terang Bulan masih diusahakan oleh penduduk kampung, pemandangan selalu berubah mengikut musim penanaman padi.

Terang Bulan pada asalnya dibina oleh seorang datuk yang penyayang sebagai hadiah kepada cucu-cucunya. Di sini, anda boleh berbasikal mengelilingi kawasan kampung sambil berkawan-kawan dengan penduduk sekitar. Tetamu juga boleh berkunjung ke Pantai Cenang dan pantai-pantai Langkawi yang lain. Atau, tetamu boleh menghabiskan masa menikmati kolam renang air masin yang disediakan di sini.

Terdapat 5 buah villa disediakan di Terang Bulan:

Tempahan melalui Airbnb dapat dilakukan melalui link di atas. Dapatkan diskaun RM84 daripada Airbnb dengan mendaftar di link ini.

Hubungi 04-9553010 atau layari laman Facebook Terang Bulan Estate maklumat lanjut.

Alamat: Ceruk Lincai, Kedawang

3. Sunset Valley, Langkawi

Sunset Valley memiliki koleksi 6 buah rumah Melayu yang dibeli daripada pemilik asal, kebanyakan dari Langkawi, ditanggal dan dipasang semula lalu dilengkapkan dengan dapur dan bilik air moden. Sunset Valley terletak di tengah-tengah pulau, di kaki gunung tertinggi di Langkawi, Gunung Raya.

Rumah-rumah dibina menghadap sawah padi yang memukau dan Gunung Cincang. Pemandangan matahari terbenam simply magnificent.

6 buah rumah yang ditawarkan adalah:

  • Garden House – ideal untuk 4 orang. Harga bermula daripada RM501.
  • Paddy House – ideal untuk 4 orang. Harga bermula daripada RM401.
  • Field House – ideal untuk 5 orang. Harga bermula daripada RM501.
  • Farmers House – ideal untuk 4 orang. Harga bermula daripada RM451.
  • Forest House – ideal untuk 6 orang. Harga bermula daripada RM551.
  • Gate House – ideal untuk 3 orang. Harga bermula daripada RM351.

Tempahan melalui Airbnb dapat dilakukan melalui link di atas. Dapatkan diskaun RM84 daripada Airbnb dengan mendaftar di link ini.

Hubungi 04-9551055 atau layari laman web Sunset Valley untuk maklumat lanjut.

Alamat: Lot 2220, Jalan Makam Mahsuri, Kampung Teluk, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia

4. Pondok Keladi, Langkawi

Pondok Keladi menggabungkan kecantikan binaan tradisional Melayu dengan kemudahan moden di sebuah kampung kecil di Pantai Tengah, Langkawi. Terletak di kaki bukit, lokasi ini dikelilingi oleh pokok kelapa dan dibina menghadap sawah padi.

Pondok Keladi menawarkan ketenangan pulau lagenda. Ia terletak hanya 15 minit daripada Pantai Tengah dan Pantai Cenang. Pondok Keladi mempunyai 5 buah bilik, sebuah kotej dan sebuah kawasan lounge dengan dapur yang dipanggil Balai.

Taman di Pondok Keladi dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga berserta kolam yang dihiasi bunga teratai. Beberapa haiwan eksotik seperti burung enggang, burung helang, tupai, monyet, rama-rama dan kelawar juga mungkin akan melawat anda di Pondok Keladi.

Kediaman yang ditawarkan adalah:

  • Bilik 1 – ideal untuk 2 orang. Harga bermula daripada RM142.
  • Bilik 2 – ideal untuk 2 orang. Harga bermula daripada RM142.
  • Bilik 3 – ideal untuk 2 orang. Harga bermula daripada RM142.
  • Bilik 4 – ideal untuk 2 orang. Harga bermula daripada RM142.
  • Bilik 5 – ideal untuk 2 orang. Harga bermula daripada RM142.
  • Mom’s Cottage – ideal untuk 2 orang. Harga bermula daripada 200.

Tempahan melalui Airbnb dapat dilakukan melalui link di atas. Dapatkan diskaun RM84 daripada Airbnb dengan mendaftar di link ini.

Hubungi 04-9551648 atau layari laman web Pondok Keladi maklumat lanjut.

Alamat: Lot 1011, Kampung Padang Putih, Jalan Pantai Tengah, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi Kedah Malaysia

5. Alamanda Residence, Langkawi

Alamanda Residence adalah duta kepada kecantikan alam semulajadi Langkawi. Alamanda Residence terletak di kawasan yang tersorok dengan pemandangan bukit bukau, lembah dan sawah padi yang terbentang luas sehingga ke gunung ganang di hujung ufuk.

Ia terletak berhampiran tapak bersejarah Makam Mahsuri, Pantai Cenang, Tanjung Rhu dan Pekan Kuah.

Villa ini amat sesuai untuk pasangan atau keluarga kecil. Residence ini menyediakan 5 buah villa dan sebuah kolam renang untuk kegunaan tetamu.

Pastinya, pengalaman anda di Alamanda Residence adalah sesuatu yang sungguh bermakna.

Kediaman yang ditawarkan adalah:

  • Minang Villa – ideal untuk 4 orang. Harga bermula daripada RM363.
  • Hilltop Villa – ideal untuk 3 orang. Harga bermula daripada RM321.
  • Markisa Villa – ideal untuk 4 orang. Harga bermula daripada RM359.
  • Tropical Wooden Villa – ideal untuk 4 orang. Harga bermula daripada RM321.
  • Garden Villa – dalam pembinaan.

Tempahan melalui Airbnb dapat dilakukan melalui link di atas. Dapatkan diskaun RM84 daripada Airbnb dengan mendaftar di link ini.

Layari laman web Alamanda Villas Langkawi untuk maklumat lanjut.

Alamat: Lot 2150 Jalan Makam Mahsuri, 07000 Langkawi, Kedah, MALAYSIA

5. Sayang Villas, Langkawi

Sayang Villas terdiri daripada 3 buah rumah kayu tradisional Melayu yang sudah berusia lebih daripada 100 tahun. 3 kediaman ini diubah penuh kasih sayang untuk menjadikan ia cukup moden untuk memenuhi keperluan hidup zaman sekarang.

Setiap villa yang ditawarkan unik dari segi karakter, tetapi ketiga-tiganya terletak dalam suasana alam semulajadi menarik, dengan pemandangan bendang dan menawarkan pemandangan matahari terbenam yang mengagumkan. Tetamu boleh berbasikal menikmati keindahan alam di kawasan sekitar kampung. Hanya 10 minit dari Lapangan Terbang Langkawi, 5 minit dari Bon Ton dan Tubotel, Sayang Villa terletak di lokasi strategik.

3 Kediaman yang ditawarkan adalah:

  • Love House – ideal untuk 4 orang. Harga bermula daripada RM180.
  • Hibiscus House – ideal untuk 4 orang. Harga bermula daripada RM188.
  • Banana House – ideal untuk 2 orang. Harga bermula daripada RM150.

Tempahan melalui Airbnb dapat dilakukan melalui link di atas. Dapatkan diskaun RM84 daripada Airbnb dengan mendaftar di link ini.

Sayang Villas hanya dapat dihubungi melalui Airbnb.

7. The Gemalai Village, Langkawi

Ini mungkin satu-satunya perkampungan yang menawarkan tempat kediaman di tengah-tengah sawah padi.

Kediaman berbentuk dangau selesa untuk dua orang dapat disewa pada harga bermula RM318 semalam.

Jangan lupa untuk berkubang bersama-sama kawanan kerbau di dalam bendang melalui aktiviti Sawah Trail. Atau anda boleh berbasikal sekitar kampung. Ramai juga memuji kesedapan makanan yang disediakan oleh resort ini.

Tempahan The Gemalai Village dapat dilakukan melalui Agoda.

Hubungi 04-9553225 atau layari laman Facebook The Gemalai Village untuk maklumat lanjut.

Alamat: Laman Padi Pantai Cenang, Langkawi, Malaysia

8. Teratak Damai, Langkawi

Teratak Damai menampilkan kediaman di dalam taman yang mempesonakan.

Terletak di dalam kawasan berpagar berkeluasan 1.25 ekar, Teratak Damai dikelilingi sawah padi dan taman berwarna warni.

Ia menawarkan pemandangan Gunung Cincang. Kehadiran kerbau, burung-burung, Colugo dan lemur terbang bakal menceriakan percutian anda di sini.

Anda juga boleh menggunakan basikal untuk bersiar-siar di sekitar kampung.

Penginapan di rumah tradisional Melayu yang berusia 95 tahun ini hanya berharga RM174 semalam untuk dua orang.

Tempahan boleh dilakukan melalui Airbnb di sini. Dapatkan diskaun RM84 daripada Airbnb dengan mendaftar di link ini.

Layari laman Facebook Teratak Damai Langkawi untuk maklumat lanjut.

Terima kasih kerana membaca. Kami harapkan guide kami ini dapat membantu perancangan percutian anda pada masa hadapan.

Jangan lupa like The Vocket di Facebook, jadi anda akan terus-menerus dapat membaca artikel cuti-cuti Malaysia seperti ini. Terima kasih.

BACA: 12 Resort Janda Baik, Pahang Sebelah Sungai Yang Anda Boleh Terus Terjun Tiruk Selepas Bangun Tidur