Setiap kali ingin melancong sama ada secara budget mahupun secara mewah, pastinya tempat penginapan antara yang diutamakan dan ditempah terlebih dahulu dalam memastikan anda mendapat rehat yang cukup dengan suasana yang selesa.

Walaubagaimanapun, mendapatkan tempat penginapan yang selesa, mewah dengan harga yang rendah mungkin agak tidak realistik dan sukar namun tidak di Resorts World Langkawi yang bertempat di Tanjung Malai.

Buat anda pertama kali ke Langkawi atau sudahpun menjejak ke pulau yang penuh dengan aktiviti ini, kami yakin Resorts World Langkawi bakal memberikan pengalaman berbeza buat anda sekeluarga. Berikut kami kongsikan kepada anda keunikan Resorts World Langkawi.

Penawaran bilik yang pelbagai

Suites RWL

IMG_0797

Menawarkan sebanyak 211 bilik dengan pelbagai seleksi pilihan jenis bilik, Resorts World Langkawi berjaya menawarkan penginapan bertaraf hotel lima bintang.

IMG_0801

IMG_0795

Untuk pengetahun anda Resorts World Langkawi sebelum ini dikendalikan oleh Awana sebelum dimiliki oleh Genting Group baru-baru ini. Terdapat sejumlah besar bilik yang telahpun diubahsuai bagi menjamin keselesaan buat para pengunjung.

Bermula dengan bilik standard sehinggalah kepada bilik suites dengan pemandangan laut semuanya ditawarkan di Resorts World Langkawi. Menariknya, harga penginapan yang ditawarkan hadir bermula dengan harga tidak sampai RM300 satu malam.

Sajian makanan yang pelbagai

Seagull Coffee House 2

Sekiranya anda merupakan seorang yang memetingkan makanan yang enak, Resorts World Langkawi ternyata bukan masalah untuk anda. Mulai dibuka pada jam 7 pagi, anda berpeluang menikmati pelbagai juadah makanan yang tersedia.

Lebih menarik, Seagull Coffee House ini turut dibuka sehingga 11 malam dimana anda boleh menikmati juadah makanan anda sambil menghadap pemandangan Tasik Dayang Bunting yang sungguh memukau. Anda juga turut diberi peluang untuk memberi makanan pada ikan yang berada di perairan laut pada setiap hari jam 6.30 malam. Menarik bukan?

Salt Shack Bar 2

Sebuah lagi restoran yang tersedia di sini adalah Jingga Jingga Pizzeria yang sangat terkenal dengan menu pizza. Nikmati keenakkan pizza panas dari Italy di Jingga Jingga Pizzeria dengan pelbagai aneka pilihan seperti Marinara, Marghertia, Pepperoni, Del Popolo, Cherry Stone Clam dan banyak lagi.

Selain itu, anda juga boleh menikmati hidangan pasta yang terdiri daripada Spaghetti Pomodoro, Spaghetti Meatballs dan Spaghetti Aglio Olio. Makan malam disini pastinya tidak sunyi dengan alunan muzik live band yang tersedia di restoran pada setiap malam.

Fasiliti yang lengkap
spa_5_master-rev-1

Apabila singgah ke tempat penginapan lima bintang pastinya fasiliti yang tersedia antara yang menjadi keutamaan. Di Resorts World Langkawi anda katakan sahaja apa yang anda mahukan, semuanya tersedia untuk diakses.

Sekiranya anda merupakan seseorang yang berminat untuk bersukan secara indoor pastinya anda sukakan playroom yang tersedia. Buat para wanita yang ingin memanjakan diri penawaran spa yang sentiasa menyambut tetamu ini sudah tentunya menjadi singgahan anda. Selain itu, penawaran kolam renang dan gimnasium antara yang tersedia di Resorts World Langkawi.

The Salt Shack 1

IMG_0826

Kolam infiniti air masin

thumb_IMG_0023_1024

Infinity Pool 2

Apa yang paling menarik perhatian kami sudah pastinya kolam infiniti air masin yangtidak tersedia di resort yang lain. Seperti namanya, kolam ini merupakan sebuah kolam buatan namun ianya dilengkapi dengan air masin.

Merehatkan diri disini sememangnya sebuah terapi buat anda lebih-lebih lagi buat anda yang ingin bebas dari kesibukan kota. Ditambah pula dengan suasana sekeliling yang memukau, kami sangat mengesyorkan untuk anda cuba menikmati sendiri kolam infiniti air masin ini.

Berlayar bersama ‘sunset cruise’
Screen Shot 2019-05-24 at 6.52.54 AM

Terletak cuma bersebelahan dengan Resorts World Langkawi adalah tempat dimana kapal-kapal melabuhkan sauh. Buat anda yang ingin mencari sesuatu yang unik untuk dinikmati di Langkawi kami sangat mencadangkan anda untuk mencuba pakej sunset dinner cruise yang tersedia.

Bayangkan dengan harga serendah RM385 seorang, anda berpeluang menikmati pengalaman berada diatas cruise selama tiga jam ditemani dengan pemandangan yang sangat menakjubkan sepanjang perjalanan. Bukan itu sahaja, anda juga bakal disediakan dengan pilihan makanan dan minuman yang pelbagai diatas kapal ini oleh para pelayan.

Kami sangat mengesyorkan pakej ini buat para pasangan ataupun anda yang ingin berhibur bersama rakan-rakan anda dengan cara yang mewah dan unik. Anda boleh lihat dengan lebih lanjut pakej cruise yang tersedia di sini.

Broadwalk
Tempahan

thumb_IMG_0027_1024

Terlalu banyak untuk diungkapkan dalam sebuah resort yang lengkap ini. Dalam erti kata lain, kami jamin ianya bakal memberi sebuah pengalaman yang istimewa dan berharga buat anda yang ingin menginap di Resorts World Langkawi sama ada bersama keluarga mahupun buat pasangan yang ingin berbulan madu.

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan penginapan di Langkawi yang selesa, kondusif serta menawarkan segala fasiliti Resorts World Langkawi antara yang kami cadangkan.

Untuk pengetahuan, anda berpeluang menginap di resorts bertaraf lima bintang ini dengan harga penginapan tidak sampai RM200 satu malam bergantung kepada musim. Anda boleh klik di sini untuk menempah.