Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kejadian yang menimpa Aylan Kurdi, seorang anak kecil berusia 3 tahun dari Syria, benar-benar membuka mata dunia. Anak kecil ini yang mati kelemasan akibat bot karam ketika dalam perjalanan menuju ke Greece, terdampar di pantai Turki. Kejadian ini bukan sahaja membuka mata pemimpin-pemimpin dunia, tetapi juga membuka hati media barat untuk memberi lebih liputan terhadap kemelut yang terpaksa pelarian Syria hadapi.

Berikut adalah respon 12 negara terhadap krisis pelarian Syria:

  1. Finland

finland

Perdana Menteri Finland, Juha Sipilä mengalu-alukan kedatangan pelarian, terutamanya dari Syria. “Kita patut lihat ke dalam cermin dan bertanya bagaimana kita boleh membantu,” kata Sipilä ketika temubual bersama media Finland, YLE.

Sipilä menawarkan rumah beliau yang jarang digunakan di Kempele untuk kegunaan pelarian bermula awal tahun hadapan. Kerajaan beliau mengumumkan pada 4 September, bahawa mereka sedang bersiap sedia untuk menerima 30,000 pemohon suaka tahun ini.

Baca lebih lanjut di sini.

2. Hungary

hungary

Pada 2 September, kereta api antara bandar membawa lebih kurang 500 orang pelarian dihentikan di bandar Bickse, Hungary kira-kira 30 kilometer ke arah barat Budapest. “Warga Hungary dibenarkan turun, tetapi warga bukan Hungary dibiarkan terkunci di dalam kereta api tanpa air minuman,” The New York Times melaporkan. “Polis anti-rusuhan menghalang pelarian melarikan diri melalui tingkap tetapi mereka (pelarian) melaungkan bahawa mereka mahu pergi ke Austria atau Jerman.”

Beberapa pelarian yang berjaya keluar daripada kereta api, berbaring di atas trek kereta api sebagai tanda protes sebelum berjaya diusir oleh pihak berkuasa Hungary.

Walaupun dikritik oleh komuniti antarabangsa, Perdana Menteri Hungary, Viktor Orbán mempertahankan tindakan kerajaannya ketika berada di sebuah persidangan pemimpin-pemimpin European Union di Brussel.

Baca lebih lanjut di sini.

3. Jerman

Selepas perjalanan selama beberapa minggu, 8,000 orang pelarian sampai ke Jerman. Jumlah yang besar ini datang melalui Austria selepas Hungary berputus asa untuk menghentikan pergerakan pemohon suaka dan kemudian, menghantar mereka menggunakan bas untuk menghantar pelarian ini ke sempadan utara.

Setibanya dari Salzburg, Austria melalui kereta api, pelarian ini disambut dengan gembira. Ketibaan mereka di Jerman disambut dengan permainan-permainan kecil dan coklat untuk kanak-kanak sejurus mereka memasuki terminal. Khemah-khemah bantuan perubatan dan Red Cross tersedia di luar stesyen untuk membantu. Penterjemah yang mahir berbahasa Arab membantu pelarian yang mendaftar di Pusat Pendaftaran Kecemasan di Munich. Kira-kira 10,000 orang pelarian dari Syria, Iraq, Afghanistan dan Eritrea telah tiba di Jerman sehingga Ahad lepas.

Pada bulan lepas, Jerman memutuskan untuk memberi pengecualian terhadap Peraturan Dublin buat sementara waktu demi membantu pelarian dari Syria. Peraturan ini menetapkan bahawa pendatang hanya boleh membuat tuntutan suaka di pelabuhan masuk. Jerman kini membenarkan proses permohonan suaka Syria walaupun pendatang tiba pertama kali melalui negara-negara Kesatuan Eropah yang lain.

Baca lebih lanjut di sini, sini dan sini.

4. Austria

Seperti Jerman, Austria juga mengalu-alukan kedatangan pelarian Syria.

Akan tetapi Canselor Austria Werner Faymann berkata keputusan “mesra pelarian” itu sedang disemak semula.

“Kami selalu berkata ini adalah situasi kecemasan dan kita mesti bertindak dengan cepat dan berperikemanusiaan. Kami telah membantu lebih daripada 12,000 orang dalam situasi terdesak,” kata Faymann.

“Sekarang kita perlu bergerak langkah demi langkah menjauhi langkah-langkah kecemasan dan menuju ke arah mewujudkan situasi normal, selaras dengan undang-undang dan maruah (pelarian).”

Baca lebih lanjut di sini.

5. United Kingdom

germany

Perdana Menteri Britain, David Cameron mengumumkan UK akan menerima lebih banyak pelarian Syria dengan mengembangkan program penempatan semula buat warga Syria yang berkhemah di sempadan Syria. Ini merupakan peralihan yang besar terhadap pendirian beliau sebelum ini. Sebelum ini, hanya kira-kira 200 orang daripada 2 juta pelarian telah ditempatkan semula dari kem pelarian ke UK.

Perubahan ini berlaku setelah Cameron tersentuh melihat gambar anak Syria berusia 3 tahun, Aylan Kurdi. Guardian memetik Cameron berkata: “Sesiapa yang melihat gambar itu, pasti tidak dapat menahan rasa hati, dan saya sebagai seorang ayah, sangat tersentuh dengan imej anak kecil itu di pantai Turki.”

Baca lebih lanjut di sini.

6. Australia

Sementara itu, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott, menggunakan gambar Aylan Kurdi untuk mewajarkan dasar ketat mereka yang menolak semua pendatang yang datang ke Australia dengan menggunakan bot.

“Semalam kita lihat di skrin, imej sedih dan memilukan, seorang anak kecil yang meninggal dunia secara tragik di laut akibat penghijrahan haram,” Abbott memberitahu Australian Broadcasting Corporation. “Dan syukur, kita telah menghentikannya di Australia kerana kita telah menghentikan bot haram.”

Baca lebih lanjut di sini.

7. Turki, Lebanon, Jordan, Mesir, Iraq

syria

Terdapat 1.8 juta pelarian Syria di Turki, 1.2 juta di Lebanon dan 630 ribu di Jordan. Sebagai sebuah negara jiran, amat difahami mengapa 3 negara ini menerima perpindahan warga Syria yang paling banyak. Selain itu terdapat juga 250 ribu pelarian Syria di Iraq dan 156 ribu di Mesir. Akan tetapi, ramai pelarian Syria mahu menuju ke Eropah disebabkan situasi kem dan tiada peluang pekerjaan di Lebanon dan Jordan.

Baca lebih lanjut di sini.

8. Arab Saudi

Menurut Amnesty International, Arab Saudi merupakan salah sebuah negara teluk yang tidak menyediakan tempat untuk pelarian Syria.

Ini dikuatkan lagi oleh Luay Al Khatteeb, seorang nonresident fellow di Brookings Institution:

Pada masa yang sama, UNHCR mengatakan terdapat 500,000 orang Syria tinggal di Arab Saudi.

Ini kata seorang rakyat Malaysia yang sedang berkhidmat di Arab Saudi (yang mahu dirahsiakan namanya) untuk menerangkan situasi ini:

pelarian-syria-di-arab-saudi-01

pelarian-syria-di-arab-saudi-02

Perkara ini disahkan oleh laporan Bloomberg ini:

pelarian-syria-di-arab-saudi-03

Kemasukan warga Syria ke Arab Saudi adalah melalui Haji atau Umrah, dan harus memperbaharui status mereka kepada Iqamah setelah tamat tempoh.

Baca lebih lanjut di sini dan sini.

Sementara itu,

Jutawan Mesir Mahu Beli Pulau Untuk Pelarian Syria

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka