Air terjun biasanya menjadi lokasi yang menarik untuk aktiviti seperti berkelah atau bermain air. Namun berbeza pula di Filipina, air terjun dijadikan lokasi sebuah restoran. Ya! Restoran air terjun.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Restoran yang kami maksudkan ini ialah Villa Escudero Resort yang terletak di San Pablo, Filipina. Restoran bertemakan alam ini dikelilingi pokok-pokok hijau serta permandangan yang cukup cantik.

restoran air terjun 1 4

Air terjun ini juga dikenali dengan nama Air Terjun Labasin. Ia merupakan air terjun buatan, bukan semulajadi. Walaupun begitu, kejernihan dan aliran airnya yang deras adalah magnet utama yang menarik pengunjung ke sini.

Bayangkan anda makan sambil menikmati kesejukkan air yang mengalir di kaki, tentu seronok bukan? Menu makanan pula, disini lebih kepada hidangan berasaskan makanan laut.

Selain dari makan sambil basah-basah, pelbagai lagi aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di sini. Contohnya seperti berakit, melawat muzium dan melihat pertunjukkan budaya masyarakat Filipina.

restoran air terjun 1

restoran air terjun 2

restoran air terjun 3

restoran air terjun 5

Jika anda merancang untuk ke Filipina, tempat ini mungkin boleh dimasukkan di dalam senarai destinasi anda. Bukan senang nak dapat peluang mandi sambil makan macam ni.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group