Restoran America, Five Guys Burgers & Fries dijangka bakal membuka cawangan pertama mereka di Malaysia hujung tahun ini. Ini merupakan berita baik buat peminat dan penggemar burger, hotdog dan kentang goreng Perancis.

Singapura dan Malaysia dijangka bakal menjadi negara ketiga dan keempat selepas pembukaan cawangan Asia pertama mereka yang berpusat di Hong Kong pada tahun lepas dan cawangan kedua di Beijing pada awal bulan Mei.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Restoran Five Guys burger ini merupakan restoran yang menawarkan hamburger dengan gabungan keju atau daging Amerika, hotdog ala gaya kosher, keju panggang dan sandwic sayuran.

header-imageNantikan pembukaan restoran burger yang terkenal di seluruh Amerika di cawangan Malaysia pada hujung tahun ini.