Ini pastinya berita baik buat anda yang menetap dan akan melancong ke Jepun kerana restoran Halal Fried Chicken telah dibuka sejak awal tahun 2019 di Aichi, Jepun. Untuk pengetahuan anda, ini merupakan restoran makanan segera pertama yang menyajikan ayam goreng halal di Jepun.

Restoran tersebut hanya menyajikan ayam goreng yang halal menurut pemiliknya yang beragama Islam. Malah, setiap hari hampir 50-100 orang pelancong beragama Islam singgah untuk makan di restoran ini terutamanya pelancong dari China.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jika anda akan ke Jepun dan teringin hendak makan ayam goreng yang halal, anda boleh berkunjung ke Restoran Halal Fried Chicken Japan yang terletak diĀ 445-0802 Aichi Ken, Nishio shi, Yonezu Cho , Kitaura 81-1. Lokasi restoran ini adalah di tengah-tengah antara Tokyo dan Osaka; lebih kurang 300km dari Tokyo dan 250km dari Osaka.

Mungkin di masa akan datang, akan dibuka pula cawangan Halal Fried Chicken ini di Tokyo atau Osaka. Untuk mengetahui sebarang info halal produk atau restoran halal lain di Jepun, anda boleh ikuti laman Facebook Japan Halal TV.