Soalan paling susah untuk dijawab pastinya nak makan di mana. Betul atau tidak?  Apa kata anda cuba makan malam di NightBus 127 di Banting, Kuala Langat.

Restoran ini agak terkenal kerana memberikan anda pengalaman nikmati makanan dengan gaya berbeza. Uniknya kerana anda akan nikmati makan malam di dalam bas.

Pada mulanya, ramai yang menyangka ianya hanya sekadar bas biasa tetapi rupanya ia sebuah restoran yang menyajikan pelbagai menu sedap dan harganya berpatutan.

Restoran ini menggunakan bas ‘vintage’ dan mengubahsuai tempat duduk beserta meja bagi membolehkan pelanggan makan di sana. Setiap sudut daripada luar bas sehinggalah dalam bas sangat ‘Instagrammable’ untuk anda bergambar.

Untuk pengetahuan anda, restoran ini dibuka pada jam 5 petang sehingga 12 tengah malam setiap hari kecuali Selasa. Anda dinasihatkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu untuk mengelakkan tiada tempat duduk.

Sebenarnya, ramai tidak mengetahui bahawa NightBus 127 pada zaman dahulu merupakan pengangkutan utama bagi penduduk di sekitar Banting untuk ke Klang. Pastinya, anda akan dapat mengimbau kenangan ‘retro’ anda di sini. Tunggu apa lagi?

Sudah sampai di Banting, rugi jika tidak berjalan-jalan di sekitarnya. Klik pautan di bawah untuk ketahui tempat menarik untuk anda kunjungi. 

5 Sebab Kuala Langat Jadi Destinasi ‘Day Trip’ Yang Unik Dan Terbaik Buat Warga Kota

3 Lokasi ‘Rahsia’ Kedai Makan Sedap Tepi Sungai Di Sekitar Selangor

Disangka Kilang, Ini Kafe ‘Rare’ Berkonsepkan Industrial Bakal Jadi Port Lepak Anda