2016 berlalu dan 2017 menjemput. Walaupun sehingga hari ini masih belum ada flying car seperti apa kita harapkan selepas menonton ‘Back to the Future’, kehadiran pelayan restoran daripada robot ini seolah satu langkah kedepan di dalam dunia teknologi dan robotik.

Selalu yang dapat kita lihat restoran yang mempunyai features futuristik seperti ini cuma tersedia di negara luar, kini pengunjung boleh merasai suasana yang sama di CH Premier Restaurant yang terletak di Kuching.

Sebanyak 4 robot yang ‘bekerja’ di restoran ini untuk menyajikan makanan kepada anda. Goddess 1′,Goddess 2, Goddess 3 antara nama robot bekerja dan katanya robot paling comel di restoran ini namanya Lolita. Robot-robot ini telah diimport khas daripada China dan berkebolehan untuk bertutur di dalam Bahasa Inggeris dan Mandarin. Cool!

Untuk pengetahuan anda, restoran ini menyajikan makanan berkonsepkan masakan steamboat namun lebih advanced dan maju berbanding-berbanding kedai yang pernah anda lawati sebelum ini.

Selain itu, restoran ini turut dibantu oleh 20 orang pekerja. Ya, mereka masih perlukan tenaga kerja manusia untuk memasak makanan yang dipesan pelanggan.

Buat anda yang berminat untuk mengetahui bagaimana layanan di comel Lolita ini, anda boleh lawati ke CH Premier Restaurant yang terletak di No 103. Ground Floor, Premier 101 Commercial Centre Tun Jugah, Kuching, Sarawak.

Sumber