Musim durian kini kembali dan sudah tentu banyak menu baharu yang ditawarkan berasaskan perisa durian. Antara yang paling popular dalam kalangan orang ramai ialah aiskrim durian, mochi durian dan banyak lagi menu dessert termasuklah menu rare.

Tetapi pernahkah anda mencuba burger durian? Jika belum, inilah masa sesuai untuk anda mencuba menu ini kerana Ric’s Burger kini menawarkan menu baharu, Musang King Durian Burger.

Kafe yang terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang ini mendapat idea untuk memperkenalkan menu tersebut bertepatan dengan selera tempatan yang sangat menggemari durian. Menggunakan bahan premium dan segar, Musang King Durian Burger juga disertakan dengan Mozarella cheese. Patty Musang King pula disalut dengan dua lapisan telur dan breadcrumbs, digoreng hingga kuning keemasan.

Durian yang digunakan pula didatangkan dari ladang setiap hari bagi mengekalkan kesegaran rasa Musang King tersebut.

Namun, harus diingatkan bahawa kafe ini mungkin tidak mempunyai persijilan halal kerana turut menghidangkan menu yang tidak halal.