Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebuah restoran di negara jiran Singapura terpaksa menaikkan tawaran gaji sehingga SG $3,500 (RM11,000) untuk mencari pekerja bagi membasuh pinggan mangkuk selepas jawatan itu tidak terisi lama disebabkan tawaran gaji yang rendah sebelum ini, lapor MustShareNews.

Kejadian ini juga memaksa pemilik restoran terpaksa membasuh sendiri pinggan mangkuk di restoran terbabit.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Pemilik Restoran Ishinomaki Grill & Sake yang terletak di Orchard Road, Chen Weixin memberitahu Shin Min Daily News bahawa kerja yang biasa dilakukan oleh warga asing dari Malaysia tidak mendapat sambutan walaupun dengan tambahan gaji sebanyak SG $50 (RM160) sehari.

Namun semuanya mula berubah apabila beliau menawarkan gaji baharu iaitu SG $3,500 sebulan – bersamaan dengan gaji minimum seorang graduan universiti – barulah Weixin berjaya mencari pekerja Malaysia.

Tambah beliau lagi, tiada rakyat Singapura yang sanggup menerima tawaran tersebut dan disebabkan itu beliau terpaksa bergantung harap pada pekerja asing warga Malaysia.

Namun disebabkan wabak COVID-19, ramai warga Malaysia yang pulang ke negara asal. Selain itu, terdapat juga masalah buruh dengan pelonggaran peraturan Covid-19 sejak 29 Mac dan pengetatan dasar buruh asing di sana.

Shin Min Daily News juga melaporkan bahawa beberapa perniagaan F&B terpaksa menawarkan gaji sehingga SG $4,000 (12,000) sebulan untuk membasuh pinggan dan bonus sebanyak SG $3,000 (9,500).

Seorang pengendali F&B memberitahu media Singapura itu bahawa mereka menawarkan gaji pokok SG $2,600 (RM8,314) dengan bonus pengambilan pekerja sebanyak SG $2,000 (RM6,400) dan bonus prestasi sehingga SG $1,000 (3,200) sebulan.

Bagaimanapun, mereka masih menghadapi masalah kekurangan kakitangan.

Lambert Chen, pemilik bersama Iko Restaurant and Bar di sepanjang Neil Road memberitahu AsiaOne bahawa pekerjaan ini menuntut kerja keras dan disebabkan itu hanya segelintir rakyat Singapura sanggup untuk mengambil peranan ini.

Ketua pegawai eksekutif Restoran Tung Lok Andrew Tjoe berkata mereka mengupah sebuah syarikat pembersihan 10 tahun lalu untuk menangani isu ini, membayar mereka antara $3,800 hingga $4,000 setiap pekerja, lapor Shin Min Daily News

Untuk rekod, cabaran dalam mengupah kakitangan untuk membasuh pinggan bukanlah perkara baru dalam industri F&B di Singapura dan ia mula hangat diperkatakan sejak tahun 2012 lagi. Walaupun gaji yang ditawarkan tinggi, namun tiada siapa yang sanggup untuk bekerja di bahagian belakang dapur.

Pemungut sampah di Singapura bakal terima kenaikan gaji sehingga RM10,000 sebulan. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Pemungut Sampah Di Singapura Bakal Terima Kenaikan Gaji Sehingga RM10,000 Sebulan

Lebih 2 Juta Rakyat Malaysia Adalah Pendatang Di Singapura

Benarkah Rakyat Singapura Lebih Kaya Berbanding Rakyat Malaysia Bila Bersara?