Sebut sahaja Ikea, selain dari perabot anda pasti terbayang bebola daging dengans sos yang sedap tu. Kalau anda memang jenis yang suka makan dan suka memasak, lepas ini boleh lah jadi tukang masak di restoran Ikea pula.

Bermula pada 10 hingga 25 September 2016, Ikea di Shoreditch, London akan melancarkan ‘The Dining Club’ iaitu restoran DIY di mana anda berpeluang untuk menggalas tugas sebagai tukang masak di restorannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam erti kata yang lain, untuk makan di restoran DIY ini anda perlu masak sendiri.

Melalui ini, anda berpeluang untuk menyediakan makanan kepada tetamu di bawah pengawasan seorang chef dari Ikea. Terpulang kepada anda untuk menyediakan makan tengahari atau makan malam, tetapi had maximum hanya untuk 20 orang sahaja.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Ikea, orang yang menjadi tetamu boleh memesan makanan di meja ‘The Dining Club’, manakala anda pula bertugas sebagai seorang tukang masak yang akan menyediakan makanan kepada tetamu.

Jangan risau tentang kemahiran memasak, semua bahan masakan, panduan memasak akan disediakan oleh pihak Ikea dan anda juga turut dipantau oleh seorang chef pakar. Jadi semua orang boleh memasak!.

Satu usaha yang menarik oleh Ikea, ini sudah semestinya menjadikan waktu makan anda lebih seronok bersama kawan mahupun keluarga.

Sumber