Kerja dengan tawaran gaji yang lumayan sudah pasti menjadi impian semua orang. Tambah-tambah jika anda hidup di tengah-tengah kota Kuala Lumpur yang serba-serbi mahal. Kesan gaji berpatutan ini bukan sahaja membantu dari segi ekonomi, tetapi bagi anak muda, ia adalah batu asas untuk mereka bertatih dari dunia pendidikan kepada dunia pekerjaan.

Bagaimanapun, di tengah-tengah era kenaikan harga barang. Masih terdapat beberapa premis di Malaysia yang menawarkan gaji rendah. Apa yang menyedihkan lagi apabila perkara ini berlaku di salah sebuah restoran berkelas dunia yang majikannya dikenali oleh orang ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Terbaharu, melalui sebuah ciapan yang dibuat oleh Jamilah Lim, editor Tech Wire Asia, beliau mengkritik restoran Gordon Ramsay Bar & Grill di Sunway Resort yang menawarkan kerja kosong sebagai pelayan kepada rakyat Malaysia dengan hanya bayaran gaji serendah RM1,500.

https://twitter.com/TechieKitteh/status/1579763152769937408

Kritikan beliau ini ada asasnya, apabila dia memuat naik sebuah video TikTok milik @ivor_sianz yang menunjukkan harga makanan di sana lebih mahal dari gaji pekerja di sana. Menurut video tersebut, satu keping Beef Wellington mampu mencecah sehingga RM300, kentang tumbuk pula dijual pada harga RM40, dan paling mengejutkan adalah RM36 untuk sebotol air.

Jika anda fikir para pekerja mereka akan dibayar dengan harga semahal makanan di restoran tersebut, Jamilah tampil mendedahkan kepada umum berapa banyak sebenarnya gaji yang ditawarkan oleh restoran mewah kepada pekerjanya. Dalam muat naik sebuah gambar di ciapannya, ia menunjukkan bahawa seorang pelayan dibayar antara RM1,500 – RM2,100, manakala tukang masak dibayar antara RM5,500 – RM7,700.

Bagi Jamilah, tawaran gaji ini tidak masuk akal. Tambah-tambah apabila anda menawarkan harga makanan semahal itu tetapi membayar gaji pekerja anda pada gaji yang rendah. Jika lima potong Beef Wellington ditempah pada hari itu, ia sudah cukup untuk membayar pekerja dengan gaji RM1,500.

Ciapan yang dimuat naik oleh beliau itu mendapat pelbagai komen netizen. Ramai antara mereka yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan sistem pengajian di Malaysia. Sebahagian pula menyatakan bahawa pihak restoran telah melakukan ekspoitasi terhadap rakyat Malaysia dan ada juga yang menyalahkan Gordon Ramsay kerana membenarkan perkara ini berlaku di restoran beliau.