Di sini aku nak kongsikan sikit info penting mengenai status Restoran  Gosami 고삼이, Griled Fish Sinchon, yang terletak di Sinchon, Seoul. Restoran ni tersangatlah terkenal di kalangan orang Malaysia terutama Muslim yang datang ke Seoul, sampaikan artis Malaysia pun ada yang mai makan kat sini siap letak autograph lagi ok!

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Aku tengok ramai juga orang Malaysia yang share di Blog dan FB pasal Gosami ikan bakar ni. Antara restoran yang wajib korang kena cuba bila dah sampai ke Korea.

Kononnya sedap dan halal, tak hidang babi, hanya makanan laut. Review pasal restoran ni memang deboom la. Nora bagi 5 bintang. Semua puji sedap dan ada yang sampai 2-3 kali datang pulun makan lagi. Punya la sedap kan?

Disebabkan punya la sedap dan punya la terkenal aku pun gigih cari info pasal Restoran Gosami ni. Aku tanya kawan-kawan Korea aku yang kat sini, semua cakap tak tau dan siap cakap restoran ni tak terkenal pun. Huh.

Okay tak terkenal bagi orang tempatan tapi tersangat terkenal bagi orang Malaysia. Fuh keliru aku dibuatnya.

Aku dapat info yang restoran ni sebenarnya ada hidang dan ada yang berkeras juga cakap tak ada babi, ada makanan laut sahaja. Jawapan-jawapan yang aku dapat bila ditanya pasal isu ini:

1. “Mana ada pork, kat sini serve seafood sahaja.”

2. “Kami dah pergi makan banyak kali dan dah tanya pemilik restoran sendiri pun. Pemilik restoran cakap seafood sahaja dan halal”

3. “Ramai orang Malaysia yang dah pergi makan. Tak ada masalah apa pun”

4. “Kat blog dan FB ramai yang share kata Gosami okay orang Muslim boleh makan.”

5. “Artis Malaysia ada pergi makan jugak, tak percaya boleh pergi sendiri dan tengok. Ada poster dan autograph artis Malaysia.”

Untuk dapatkan kepastian pasal isu Restoran ni aku ambil keputusan untuk pergi sendiri ke Gosami dan dapatkan kebenaran yang sebenarnya. Aku ajak kawan-kawan Korea aku pergi sekali jadi tak ada la tauke dia nak syak apa-apa.

Sebelum sampai restoran aku dah terangkan siap-siap dah kat kawan-kawan aku ni apa dorang kena order dan tanya bila sampai sana. Sampai je kat Gosami, kawan-kawan aku ni pun berdesup la cakap Korea tanya menu semua.

Yang ambil order pun senyum dan bersungguh terangkan menu-menu yang ada. Dia tak tau yang aku ni Muslim. Huh.

Aku dah dapat jawapan untuk isu status Restoran Gosami Ikan Bakar Sinchon yang korang duk kata sedap, lazat dan halal (tak hidangkan babi).

Untuk pengetahuan semua Restoran Gosami Ikan Bakar ni memang ada SERVE PORK atau dalam bahasa kasarnya ‘hidangan babi’.

Aku sendiri terkejut bila tengok hidangan tu sampai depan mata. Yang paling aku kesian dan sedih masa tu ada satu kumpulan orang Malaysia yang datang berbuka puasa kat situ.

Niat aku kat sini bukanlah nak menjahanamkan atau nak rosakkan bisnes orang. Tujuan aku share dan dedahkan hal ni adalah untuk selamatkan orang Muslim.

Tak nak ada yang terpedaya dan tertipu lagi dengan info-info daripada blog atau FB yang tak betul. Haram bagi orang Islam untuk makan di restoran yang ada sediakan hidangan babi. Dorang gunakan dapur dan alatan yang sama untuk masak babi tu jadi korang bayangkanlah sendiri.

Aku harap dengan info ni tak ada lagi orang Islam yang diperbodohkan oleh pemilik restoran tu. Pemilik dia bila tengok orang Malaysia atau muslim datang memang dia akan cakap tak ada babi, makanan laut saja.

Korang kena faham dia buat bisnes mesti nak untung kan? Dan dia tak akan rasa bersalah pun sebab tu strategi bisnes dia dan dia bukan Muslim. Apa nak kesah sangat.

Sebagai bukti kat sini aku sertakan sekali dengan gambar yang aku ambil kat Gosami. Bagi yang nak share silakan. Salam Ramadhan.

restoran-halal-di-korea-1

Di papan menu utama dalam Bahasa Korea tidak di terjemah ke English. Itu adalah menu babi. Boleh tanya kawan Korea korang untuk lebih kepastian. — in Seoul, South Korea.

restoran-halal-di-korea-2

Itu hidangan babi yang kawan-kawan Korea aku order.

restoran-halal-di-korea-3

restoran-halal-di-korea-4

Untuk gambar lebih jelas. Babi masak spicy sikit-sikit kawan aku cakap la. Huhu.

restoran-halal-di-korea-5

Kat dinding tu boleh tengok poster artis Malaysia siap autograph.

restoran-halal-di-korea-6

Belakang tu dapur tempat dorang masak.

restoran-halal-di-korea-7

Orang Malaysia yang datag berbuka puasa kat sini. Sedih betul. Sorry guys masa aku sampai korang dah siap bedal makan.

restoran-halal-di-korea-8

restoran-halal-di-korea-9

Gambar kat luar restoran. Bukti la yang aku memang pergi bukan main cakap je.

Baca lagi: Ini Caranya Saya Dapatkan ‘Tour Guide’ Percuma Semasa Travel Di Seoul, Korea

Artikel di atas disumbangkan oleh Bella Azemi. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group