Tidak mudah untuk mencari makanan halal yang sedap, kiranya kena dengan tekak di Cambodia. Kami cukup tertarik dengan sebuah restoran yang kami kunjungi di Siem Reap.

Siapa yang sangka bahawa ada sebuah restoran di Siem Reap yang dikenali sebagai Halal Unity Kitchen tampil dengan pelbagai menu khas untuk anda yang melancong  ke luar negara tetapi merindui makanan Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

photo_2020-01-08_23-55-31

photo_2020-01-07_19-24-18

Pada mulanya, kami menyangka ia hanyalah sebuah restoran yang menyediakan makanan halal dan makanan Malaysia tetapi setelah menemui pemilik restoran tersebut barulah kami tahu restoran ini sebenarnya milik warga Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, Resh Bala Abdullah yang berasal dari Subang Jaya telah menetap di Siem Reap sejak tahun 2016 lagi. Berikutan sukar untuk menikmati hidangan makanan Malaysia yang sedap dan halal di sana, beliau nekad untuk membuka restoran Halal Unity Kitchen pada tahun 2019.

WhatsApp Image 2020-01-08 at 4.38.24 PM
Dari kiri: Resh, Chamreoun, Syuk

photo_2020-01-07_19-24-33

Tidak mudah untuk membuka restoran tersebut tanpa bantuan daripada dua rakan kongsinya iaitu Syuk yang merupakan seorang chef dari Shah Alam dan Chamreoun, seorang warga tempatan. Walaupun restoran ini masih baru, tetapi seleksi makanan dan rasa makanan yang ‘authentic’ menjadi tarikan ramai pelancong.

Menurut Resh, restoran tersebut dibuka di Cambodia kerana bagi beliau pasaran di sini masih mentah dan mempunyai banyak potensi. Disebabkan negara ini masih membangun, maka masyarakat di sini memerlukan pertolongan dan juga guidance dari negara jiran.

Bagi beliau, cabaran terbesar adalah dari segi halangan bahasa kerana kebanyakan pekerjanya tidak fasih Bahasa English dan beliau serta Syuk hanya bertutur basic Bahasa Khmer.

https://www.instagram.com/p/B6hCxUngpJu/

https://www.instagram.com/p/B3v2_7zg02k/

Bagi kami, dekorasi restoran ini boleh dikatakan hipster dan kesemua makanan Malaysia ada dalam menu. Nasi lemak merupakan menu paling ‘hits’ kerana ia makanan kegemaran ramai orang di serata dunia terutama sekali rakyat Malaysia.

Selain daripada makanan Malaysia, anda juga boleh menikmati hidangan tempatan Cambodia seperti fish amok, beef loklak, dan sebagainya. Anda tidak perlu risau akan isu halal lagi untuk menikmati hidangan tradisi Cambodia.

Akhir sekali, beliau berharap agar kita dapat meningkatkan diri untuk terus maju dalam kehidupan serta mencuba membantu masyarakat sekeliling kita. Kami cukup kagum dengan pencapaian warga Malaysia di negara luar kerana sedikit sebanyak membawa nama Malaysia dikenali ramai.

Tahniah diucapkan pada Resh dan Syuk. Sebelum ini, foodtruck Sate & Sake milik warga Malaysia turut tempa nama di Itali. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

‘Food Truck’ Sate & Sake Milik Warga Malaysia Ini Tempa Nama Di Itali

4 Tip Untuk Nikmati Keindahan Angkor Wat Tanpa Gangguan

Usia Bukan Penghalang Wak Bakar ‘Bela’ Motosikal Klasik