Restoran ikonik A&W yang dilengkapi dengan khidmat pandu lalu di Seremban, Negeri Sembilan akan ditutup mulai 1 Januari 2016 untuk memberi peluang kepada pembangunan baru.

Perkara ini telah diumumkan oleh A&W Malaysia menerusi laman Facebook rasminya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi kenyataan Facebook itu, restoran makanan segera francais tersebut mengucapkan terima kasih kepada pelanggan serta mengumumkan hasrat penutupan cawagan mereka di Seremban.

Dear Customers,Thank you for your support ever since our A&W® Seremban Drive Thru open its doors way back in 1978!…

Posted by A&W Malaysia – Official on Friday, 23 October 2015

“Pelanggan yang dihormati, terima kasih atas sokongan anda sejak A&W ‘Pandu-Lalu’ dibuka di Seremban sejak tahun 1978!

“Kami cuba tetapi kami telah terperangkap dengan masa. Dengan rasa kesal, A&W ‘Pandu-Lalu’ di Seremban akan ditutup selama-lamanya dari 1 Januari 2016 untuk memberi laluan kepada pembangunan baru,” kata A&W Malaysia dalam entrinya.

A&W Malaysia Shd Bhd turut mengesahkan perkara ini ketika dihubungi oleh AWANI, hari ini.

Pada tahun 2001, A&W Malaysia dibeli oleh KUB Malaysia Sdn Bhd dan pada tahun 2008, usaha pengembangan agresif untuk mengubah suai dan memperluaskan jangkauannya dapat dilihat.

Bagaimanapun pada tahun 2012, KUB melaporkan bahawa 34 cawangan A&W di Malaysia dan Thailand akan ditutup.
Pada hujung 2014, KUB menafikan dakwaan bahawa restoran pandu lalu A&W di Petaling Jaya yang telah beroperasi hampir 50 tahun, bakal ditutup.

Sebaliknya, syarikat itu berkata pihaknya hanya merancang untuk mengubah suai premis ikonik tersebut, yang merupakan antara cawangan A&W terawal dibuka di Malaysia.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber