Pastinya anda cukup kenal dengan rasa keenakkan mee goreng Indomie yang boleh dikatakan menjadi pilihan citarasa anda. Menariknya, restoran Milky Lane memperkenalkan menu ‘mee goreng Indomie dipenuhi kentang goreng’.

Pasti peminat mee goreng dan kentang goreng akan menyukai menu yang lazat ini. Menunya mudah sahaja; Indomie yang sudah siap dimasak digaul bersama kentang goreng dan kemudiannya dihias dengan sebiji telur mata.

Hidangan yang lazat ini berharga AU$12 (~RM35). Menurut Milky Lane, hidangan ini akan mula dijual pada bulan Februari 2019. Jika anda teringin untuk menikmati hidangan ini, nampaknya anda harus menempah tiket penerbangan terlebih dahulu kerana restoran Milky Lane ini terletak di Australia.

Jangan risau, AirAsia juga sedang membuat promosi tiket ke Sydney bersempena Tahun Baru Cina ini. Nak jimat, anda boleh cuba buat sendiri sahaja di rumah.